PENANJONG GARRISON, Friday, 16th May 2025 – The Basic Communication Information System course has successfully concluded with a closing event held at the School of Infantry, Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF), Penanjong Garrison. The 10-week course was conducted from 10th March 2025 to 16th May 2025 with the participation of 27 personnel from the RBLF, Royal Brunei Air Force and Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces (RBAF). In attendance to officiate the closing was Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of SOI.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Al-Imran verse 7 by Private Abd Aziz bin Abu Kassim, course participant representative, and proceeded with a course review from Sergeant Muhamad Yamin bin Haji Yakob, the course conductor. The closing continued with remarks by the SOI Commanding Officer who highlighted that the ability to convey critical information accurately and securely is paramount in maintaining operational integrity and safeguarding sensitive data. He also reminded all participants to apply all the knowledge and skills gained throughout the course, and prioritise clear and effective communication in their duties.
The presentation of certificates and awards were then delivered with the Overall Best Student and Best Theory Award given to Private Muhd Abbasy Rafiuddin bin Muhd Mashor from the Combat Service Support RBLF, while the Best Practical Award to Private Muhammad Hanif bin Abdullah from the Royal Guards Regiment, RBLF. This course is aimed to equip all participants with a foundation in communication principles and develop effective technical communication skills, while enhancing interoperability within the signal units in the RBAF.




KURSUS ASAS PERHUBUNGAN SISTEM MAKLUMAT SELESAI DILAKSANAKAN
PENANJONG GARISON, Jumaat, 16 Mei 2025 – Kursus Asas Perhubungan Sistem Maklumat telah diakhiri dengan acara penutup yang diadakan di Sekolah Infantri, Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB), Penanjong Garison. Kursus selama 10 minggu tersebut telah dijalankan dari 10 Mac 2025 hingga 16 Mei 2025 dengan penyertaan seramai 27 anggota dari TDDB, Tentera Udara Diraja Brunei dan Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Hadir bagi merasmikan acara penutup ialah Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SI.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Imran ayat 7 oleh Soldadu Abd Aziz bin Abu Kassim, wakil peserta kursus, dan diteruskan dengan ulasan kursus daripada Sarjan Muhamad Yamin bin Haji Yakob selaku pengendali kursus. Acara kemudian disusuli dengan ucapan oleh Pegawai Pemerintah SI yang mana beliau menekankan bahawa keupayaan untuk menyampaikan maklumat dengan tepat dan selamat adalah penting dalam mengekalkan integriti operasi dan melindungi data sensitif. Beliau turut mengingatkan semua peserta untuk mengaplikasikan semua pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang kursus, dan mengutamakan perhubungan yang jelas serta berkesan dalam tugas seharian mereka.
Penyampaian sijil dan anugerah kemudiannya disampaikan yang mana Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penuntut Praktikal Terbaik diberikan kepada Soldadu Muhd Abbasy Rafiuddin bin Muhd Mashor dari Khidmat Bantuan Kombat TDDB, manakala Anugerah Penuntut Terbaik Amali kepada Soldadu Muhammad Hanif bin Abdullah dari Rejimen Pengawal Diraja TDDB. Kursus ini adalah bertujuan untuk melengkapkan semua peserta dengan asas dalam prinsip perhubungan dan kemahiran komunikasi teknikal yang efektif, disamping meningkatkan interoperabiliti dikalangan unit-unit semboyan di ABDB.