Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SESSION WITH PARTICIPANTS OF ADVANCED INFANTRY COURSE

LUMUT CAMP, Tuesday, 13th May 2025  Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of the School of Infantry, Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF), had a session with participants of the Advanced Infantry Course Series 7/2025 held at Ad-Din Hall, Third Battalion RBLF, Lumut Camp. A total of 103 course participants from male recruits of Intake 176 had attended the session.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by an address from the SOI Commanding Officer where he reminded all participants on the importance of maintaining high standards, discipline and physical fitness throughout the course. He also emphasised the need of adhering to the basic military guiding principles namely Listen, Understand and Execute for effective participation, before concluded by underlining the significance of security aspect throughout one's service.

Advance Infantry Course is a comprehensive training program that further strengthens basic infantry skills by focusing on advanced tactical operation, leadership development, enhancing professionalism and teamwork for the overall operational readiness. The course commenced on 12th May 2025 and will run until 4th August 2025.



SESI PERJUMPAAN BERSAMA ANGGOTA KURSUS LANJUTAN INFANTRI

PERKHEMAHAN LUMUT, Selasa, 13 Mei 2025 – Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah hadir bagi sesi perjumpaan bersama peserta Kursus Lanjutan Infantri Siri 7/2025 bertempat di Dewan Ad-Din, Batalion Ketiga TDDB, Perkhemahan Lumut. Seramai 103 peserta kursus dari Rekrut Lelaki Pengambilan ke-176 telah menghadiri sesi tersebut.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah SI di mana beliau mengingatkan peserta kursus untuk sentiasa mengekalkan standard yang tinggi, disiplin dan ketahanan jasmani sepanjang kursus dijalankan. Beliau juga menekankan kepentingan untuk mematuhi prinsip panduan asas ketenteraan iaitu Dengar, Faham dan Laksanakan bagi penyertaan yang berkesan, sebelum mengakhiri ucapan dengan menegaskan kepentingan aspek sekuriti sepanjang perkhidmatan.

Kursus Infantri Lanjutan ialah program latihan komprehensif bagi tujuan mengukuhkan lagi kemahiran asas infantri dengan memberi tumpuan kepada operasi taktikal lanjutan, pembangunan kepimpinan, serta meningkatkan profesionalisme dan kerjasama berpasukan untuk kesiapsiagaan operasi secara keseluruhan. Kursus ini telah bermula pada 12 Mei 2025 dan akan berlangsung sehingga 4 Ogos 2025.