BANGAR, Saturday, 3rd May 2025 – The Echo Company, First Battalion Royal Brunei Land Forces ('E' Coy 1Bn RBLF) participated in a charity walkathon organised by the Temburong District Office as part of the 'Ke Temburong Bisai' Programme to raise funds for the Temburong Orphans Fund while promoting a healthy lifestyle. The event began and ended at Sultan Hassan Primary School in Bangar and among those joining were Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Member of the Legislative Council, Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Acting Temburong District Officer, as well as residents in Temburong District. The RBLF's participation demonstrates its commitment to social responsibility and its willingness to support those in need, and further foster positive relationships between the RBLF and the community.


BATALION PERTAMA SERTAI WALKATON AMAL
BANGAR, Sabtu, 3 Mei 2025 – Kompeni E, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp 'E' 1Bn TDDB) telah menyertai walkaton amal anjuran Pejabat Daerah Temburong sebagai sebahagian daripada Program 'Ke Temburong Bisai' untuk mengumpul dana bagi Tabung Anak Yatim Temburong disamping mempromosikan gaya hidup sihat. Acara bermula dan berakhir di Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar dan antara yang menyertai walkaton tersebut ialah Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, serta penduduk-penduduk kampung di Daerah Temburong. Penyertaan TDDB dalam aktiviti ini mempamerkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dan kesediaannya dalam menyokong mereka yang memerlukan, dan seterusnya memupuk hubungan positif antara TDDB dan masyarakat setempat.