Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ADVANCED DENTAL COURSE AND DENTAL INDUCTION COURSE COMPLETED


BERAKAS GARRISON, Tuesday 15th April 2025 – A total of six personnel from the Dental Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF) have successfully completed the inaugural Advanced Dental Course, while one staff member from the Medical and Dental Technical Support Group (MDTSG) completed the Dental Induction Course. The closing ceremony was held at the Dental Services RBLF Headquarters, Berakas Garrison, and was officiated by Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief of Dental Services.

The event commenced with course review delivered by Lieutenant Haji Ahmad Wajdi bin Haji Mohamad Rozaini, the Dental Training Officer, followed by the presentation of course certificates. Corporal Nur Zaidah binti Awang Mahmud from Berakas Dental Services, was awarded the Overall Best Student Award for the Advanced Dental Course.

Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak delivered a speech highlighting the significance of the course in enhancing the competency and effectiveness of dental personnel. He emphasised that such training initiatives are essential to ensuring continuous improvements in service delivery, aligned with both current and future operational demands—especially as personnel advance into senior roles.

The Advanced Dental Course was developed in line with the updated Dental Services RBLF Career Development Structure introduced in October 2023, aiming to enhance the knowledge, skills, and efficiency of dental personnel. Meanwhile, the Dental Induction Course was tailored for the new Assistant Engineer of MDTSG under TEMD, providing a clear overview of the organisation's structure, roles and responsibilities.




KURSUS LANJUTAN PERGIGIAN DAN KURSUS INDUKSI PERGIGIAN TAMAT

BERAKAS GARISON, Selasa, 15 April 2025 – Seramai enam anggota dari Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berjaya menamatkan Kursus Lanjutan Pergigian, manakala seorang ahli Unit Kumpulan Bantuan Teknikal Perubatan dan Pergigian telah menamatkan Kursus Induksi Pergigian. Acara penutup bagi Kursus tersebut telah di Markas Khidmat Pergigian TDDB, Berakas Garison dan telah disempurnakan oleh Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Khidmat Pergigian TDDB.

Majlis dimulakan dengan ulasan kursus yang disampaikan oleh Leftenan Haji Ahmad Wajdi bin Haji Mohamad Rozaini, Pegawai Latihan Pergigian, diikuti dengan penyampaian sijil tamat kursus. Lans Koperal Nur Zaidah binti Awang Mahmud dari Khidmat Pergigian Berakas telah dianugerahkan Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Lanjutan Pergigian.

Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak kemudiannya menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan kursus tersebut dalam meningkatkan tahap kompetensi dan keberkesanan anggota-anggota pergigian. Beliau turut menegaskan bahawa inisiatif latihan seperti ini adalah penting bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan terus berkembang seiring dengan keperluan semasa dan akan datang, terutama dalam persediaan ke arah memegang jawatan yang lebih tinggi.

Kursus Lanjutan Pergigian ini direka khas secara dalaman selaras dengan Struktur Pembangunan Kerjaya Khidmat Pergigian TDDB yang dikemas kini pada Oktober 2023, dengan matlamat untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan anggota pergigian. Sementara itu, Kursus Induksi Pergigian telah direka khas untuk Penolong Jurutera baru di bawah Unit Kumpulan Bantuan Teknikal Perubatan dan Pergigian, Bahagian Kelengkapan Teknikal dan Pemeliharaan, bagi memberikan pemahaman menyeluruh mengenai struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam Khidmat Pergigian TDDB.