Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF ATTENDED THE 25TH ACAMM AND 12TH ASMAM IN THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES


THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES, Friday, 22 November 2024 – Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) attended the 25th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM), held from 20 to 22 November 2024 in Clark, the Republic of the Philippines. The 25th ACAMM was officiated by Lieutenant General Roy Mabagos Galido, Commanding General of the Philippine Army with the theme “Strengthening Partnership and Camaraderie Towards Regional Stability". Prior to the meeting, a keynote address was delivered by Secretary Eduardo M Ano, National Security Adviser and Director General, National Security Council.

Conducted annually and rotated among ASEAN countries, ACAMM is a multilateral military conference that brings together Army Chiefs and delegates from the ASEAN armies to discuss and further enhance professional engagements. The Commander of the RBLF in his remarks, reaffirmed RBLF's commitment to working closely with ASEAN Armies bilaterally and multilaterally to further enhance current cooperation and explore practical initiatives for mutual benefits such as in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), response to climatic change and other environmental issues.

The Commander RBLF also had the opportunity to conduct bilateral meetings with respective head of ASEAN Armies. Besides the 25th ACAMM, the 12th ASEAN Sergeant Major Annual Meeting (12th ASMAM) was also held concurrently, chaired by the Chief Master Sergeant Marvin M. Jurane, Sergeant Major of the Philippine Army. Warrant Officer 1 Kifley bin Haji Johari, the RBLF Sergeant Major attended the meeting with this year's theme “Enhancing and Strengthening Partnership and Camaraderie of ASEAN Armies' Non-Commissioned Officers Towards Regional Stability". The Republic of Singapore will host the 26th ACAMM and 13th ASMAM in 2025.

 

TDDB MENGHADIRI ACAMM KE-25 DAN ASMAM KE-12 DI REPUBLIK FILIPINA 

REPUBLIK FILIPINA, Jumaat, 22 November 2024 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Mesyuarat Pelbagai Hala Ketua-Ketua Tentera Darat ASEAN ke-25 (25th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting, ACAMM) yang diadakan pada 20 hingga 22 November 2024 di Clark, Republik Filipina. ACAMM ke-25 telah dirasmikan oleh Leftenan Jeneral Roy Mabagos Galido, Pemerintah Tentera Darat Filipina dengan tema “Mengukuhkan Perkongsian dan Persahabatan Ke Arah Kestabilan Serantau". Sebelum mesyuarat dimulakan, ucaptama telah disampaikan oleh Setiausaha Eduardo M Ano, Penasihat Keselamatan Negara dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara.

Dijalankan pada setiap tahun secara bergilir di kalangan negara-negara ASEAN, ACAMM merupakan persidangan ketenteraan pelbagai hala yang menghimpunkan Ketua-ketua Tentera Darat dan delegasi Tentera Darat ASEAN untuk membincangkan dan meningkatkan lagi hubungan profesional. Pemerintah TDDB dalam ucapannya mengesahkan komitmen TDDB untuk bekerjasama rapat dengan Tentera Darat ASEAN secara dua hala serta pelbagai hala dalam meningkatkan lagi kerjasama yang sedia ada dan meneroka inisiatif praktikal bagi faedah bersama seperti Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), tindak balas terhadap perubahan iklim dan isu alam sekitar yang lain.

Pemerintah TDDB juga berpeluang mengadakan perjumpaan dua hala bersama Ketua-ketua Tentera Darat ASEAN masing-masing. Mesyuarat Tahunan Sarjan Mejar Tentera Darat ASEAN ke-12 (12th ASEAN Sergeant Major Annual Meeting, ASMAM) juga turut diadakan secara serentak yang dipengerusikan oleh Ketua Master Sarjan Marvin M. Jurane, Sarjan Mejar Tentera Darat Filipina. Pegawai Waran 1 Kifley bin Haji Johari, Sarjan Mejar TDDB telah menghadiri mesyuarat tersebut dengan tema pada tahun ini "Meningkatkan dan Memperkukuhkan Perkongsian dan Keakraban Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Tentera Darat ASEAN Ke Arah Kestabilan Serantau". Republik Singapura akan menjadi tuan rumah ACAMM ke-26 dan ASMAM ke-13 pada tahun 2025.