Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE ENLIVENS MAULIDUR RASUL CELEBRATIONS IN MOSQUES ACROSS ALL DISTRICTS

BRUNEI, Sunday, 15th September 2024 – In conjunction with the birth anniversary of Prophet Muhammad (PBUH) 1446 Hijrah, the Royal Brunei Land Force (RBLF) held religious activities at several mosques and suraus across all districts in Brunei Darussalam. Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the RBLF, along with the Deputy Commander RBLF, Acting Field Commander RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of the RBLF participated in the activities.

Among the mosques and suraus visited were Sungai Teraban Mosque, Kampong Pulaie Mosque, Kampong Puni Mosque, Az-Zakireen Mosque, Balai Ibadah Kampong Bebuloh, Kampong Penapar Mosque, Pulau Baru-Baru Mosque, Surau Al-Fa'izun, Surau Pengiran Ratna Indera, Surau Ar-Rahmah, Surau Al-Quwwah, Surau Sungai Akar Camp and Surau Institute of Brunei Technical Education Sultan Saiful Rijal Campus. The activities included Dikir Syarafil Anam, congregational Isya' prayers, Dikir Marhaban and Selawat Qiam.

The ceremony was held as one of the Islamic teachings to prosper the mosque, in addition to remembering the birthday of our Prophet Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, and to further strengthen the relationship between among RBLF delegation members, the mosque congregation and villagers. The Dikir ceremony in all mosques, suraus and religious halls has been held simultaneously across the nation for 12 consecutive nights from 5 September 2024 until 15 September 2024.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMERIAHKAN SAMBUTAN MALAM MAULIDUR RASUL DI MASJID-MASJID SELURUH DAERAH

BRUNEI, Ahad, 15 September 2024 – Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun 1446 Hijrah, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan aktiviti keagamaan di beberapa masjid dan surau di seluruh daerah di Negara Brunei Darussalam. Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB bersama-sama Timbalan Pemerintah TDDB, Pemangku Pemerintah Medan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB telah turut serta dalam aktiviti tersebut.

Antara Masjid dan Surau yang kunjungi ialah Masjid Sungai Teraban, Masjid Kampong Pulaie, Masjid Kampong Puni, Masjid Az-Zakireen, Balai Ibadah Kampong Bebuloh, Masjid Kampong Penapar, Masjid Pulau Baru-Baru, Surau Al-Fa'izun, Surau Pengiran Ratna Indera, Surau Ar-Rahmah, Surau Al-Quwwah, Surau Perkhemahan Sungai Akar, dan Surau Institut Pendidikan Teknikal Brunei Kampus Sultan Saiful Rijal.

Aktiviti termasuk Dikir Syarafil Anam, solat Isya' berjemaah, Dikir Marhaban dan Selawat Qiam. Aktivit tersebut adalah sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama ahli-ahli rombongan, jemaah masjid dan penduduk kampong. Majlis Dikir di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat telah diadakan serentak di seluruh negara selama 12 malam berturut-turut bermula pada 5 September 2024 hingga 15 September 2024.