Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HANDOVER AND TAKEOVER CEREMONY OF THE THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE REGIMENT SERGEANT MAJOR

LUMUT CAMP, Friday, 06th September 2024 – The handover and takeover ceremony of the Regiment Sergeant Major (RSM) Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) was held at the Parade Square 3Bn RBLF, Lumut Camp. In attendance to witness the ceremony were Warrant Officers, Senior Non-Commissioned Officers and personnel of 3Bn RBLF.

The ceremony began with the parade inspection for the outgoing Warrant Officer 1 Mohd Bokhari bin Haji Hassan. The ceremony then proceeded with the recital of Surah Al-Fatihah and a speech from the outgoing RSM, followed by the signing of handover certificate, symbolising the official handover of duties between the former RSM and the newly appointed RSM, Warrant Officer 1 Haji Hashim bin Haji Awang Besar. The event continued with inspection of parade and speech by the new RSM who highlighted the importance of instilling values such as sincerity, honesty, discipline, trust and cooperation, and further asserted that with these values in place, all assigned tasks could be successfully accomplished. The ceremony concluded with the recital of Doa Selamat by Lance Corporal Muhammad Norasrin bin Abdul Rahim from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 06 September 2024 – Majlis Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Regimen (SMR) Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah berlangsung di Padang Kawad, 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut. Hadir bagi menyaksikan majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Waran, Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan serta anggota-anggota 3Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan bagi SMR yang lama iaitu Pegawai Waran 1 Mohd Bokhari bin Haji Hassan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan daripada SMR yang lama, diikuti dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas yang melambangkan penyerahan rasmi penugasan antara SMR yang lama dengan yang baru dilantik iaitu Pegawai Waran 1 Haji Hashim bin Haji Awang Besar.

Majlis diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan dan ucapan oleh SMR yang baru yang mana beliau menekankan kepentingan dalam menerapkan nilai-nilai seperti keikhlasan, kejujuran, disiplin, amanah dan kerjasama, dan seterusnya menegaskan bahawa dengan adanya nilai-nilai tersebut, semua penugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Lans Koperal Muhammad Norasrin bin Abdul Rahim dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.