Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

BLOOD DONATION DRIVE IN COMMEMORATION OF THE 62ND ANNIVERSARY OF THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE


BERAKAS GARRISON, Monday, 19th February 2024 – The Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) and HQ Company RBLF held a blood donation drive at the Gymnasium, Berakas Garrison as part of the Blood Donation Campaign in conjunction with the RBLF 62nd anniversary. A total of 62 donors consisting of units of the RBLF and civil staffs have participated in the campaign.

This community project is part of RBLF's initiative to support the Blood Donation Centre of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital. The campaign also aims to boost the National Blood Bank Reserves, raise awareness in the community on the role of blood donation in saving lives and at the same time encourage military personnel to contribute as well as foster a sense of social responsibility to the broader community. 

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 62

BERAKAS GARISON, Isnin, 19 Februari 2024 – Kompeni Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Markas TDDB telah mengadakan aktiviti menderma darah bertempat di Dewan Gerak Badan, Berakas Garison. Usaha berkebajikan ini disertai oleh seramai 62 anggota yang merupakan sebahagian daripada Kempen Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun TDDB ke 62.

Projek kemasyarakatan tersebut menjadi inisiatif TDDB untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Ia juga bertujuan untuk menambah simpanan Bank Darah Kebangsaan, di samping meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat tentang kepentingan pendermaan darah kepada individu yang memerlukan serta menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat secara umumnya.