Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

OPENING CEREMONY OF EXERCISE MALBRU SETIA 15/2023 AND EXERCISE MERTAK BERSATU 13/2023

KOTA BELUD, Sunday, 10 September 2023 – The Opening Ceremony of Exercise MALBRU SETIA 15/2023 and Exercise MERTAK BERSATU 13/2023 was held today at the Parade Square of the Fifth Malaysian Infantry Brigade (5 Bgd), Headquarters, Kota Belud, Sabah. The exercises were officiated by Brigadier General Mohd Sobirin bin Haji Mohd Yusof, Commander of 5 Bgd. Present on behalf of Royal Brunei Land Force (RBLF) was Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF). A total of 10 officers and 180 personnel of 2Bn RBLF involved in both exercises from 10th September 2023 until 17th September 2023.

The ceremony commenced with the presentation of armbands to the main representatives of the exercises, followed by the opening speech from the Commander of 5 Bgd, and a speech from Commanding Officer 2Bn RBLF.

In his speech, the Commander of 5 Bgd welcomed the arrival of RBLF personnel who were involved in both exercises and hoped that the exercises could be carried out successfully. In addition, he also highlighted to maintain security and safety aspects during all phases of the exercises. While Commanding Officer 2Bn RBLF expressed his highest gratitude for the hospitality and preparations made by 5 Bgd and the sub-units involved. He also reminded that the tactical level training will provide significant contributions towards operational and strategic levels for both countries.

The Commanding Officer and Regiment Sergeant Major (RSM) of 2Bn RBLF also took the opportunity to visit the personnel of the 2Bn RBLF and 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) at the Kota Belud Airstrip and exchange mementos with Lieutenant Colonel Zain Azrai bin Haji Karia, Officer Commanding of 22 RAMD, and Warrant Officer One Hamzah bin Husin, RSM of 22 RAMD respectively. The event ended with the recital of Doa Selamat.

Both Field Training Exercises (FTX) will be conducted simultaneously for eight days in several training areas such as Kota Belud, Kota Marudu, Matunggong and Kudat. The FTX aims to improve the abilities for both countries in carrying out operations by focusing on combined elements as well as to strengthening bonds forged between Brunei Darussalam and Malaysia.

MAJLIS PEMBUKAAN EKSESAIS MALBRU SETIA 15/2023 DAN EKSESAIS MERTAK BERSATU 13/2023

KOTA BELUD, Ahad, 10 September 2023 – Upacara Pembukaan Eksesais MALBRU SETIA 15/2023 dan Eksesais MERTAK BERSATU 13/2023 telah berlangsung pada hari ini di Padang Kawad Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd), Kota Belud, Sabah. Pelancaran eksesais tersebut telah dirasmikan oleh Brigedier Jeneral Mohd Sobirin bin Haji Mohd Yusof, Panglima 5 Bgd. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) selaku wakil dari TDDB. Seramai 10 pegawai dan 180 anggota dari 2Bn TDDB terlibat dalam kedua - dua eksesais berkenaan yang akan berlangsung dari 10hb September 2023 hingga 17hb September 2023.

Upacara dimulakan dengan penyerahan toha kepada beberapa perwakilan utama eksesais, dan diteruskan dengan ucapan perasmian dari Panglima 5 Bgd serta ucapan balas dari Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.

Panglima 5 Bgd dalam ucapannya telah mengalu-alukan ketibaan anggota-anggota TDDB dan berharap agar eksesais tersebut akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Selain itu, beliau juga menekankan agar aspek sekuriti dan keselamatan akan sentiasa dipatuhi sepanjang eksesais berlangsung. Dalam ucapan balas Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas layanan baik dan segala persiapan yang telah diungkayakan oleh MK 5 Bgd dan unit-unit terlibat. Beliau juga menekankan latihan peringkat taktikal ini setentunya akan memberi sumbangan signifikan bagi peringkat operasional dan strategik  kedua buah negara.

Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) 2Bn TDDB juga berkesempatan  melawat anggota 2Bn TDDB dan 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) di Airstrip Kota Belud dan seterusnya membuat pertukaran cenderahati bersama Leftenan Kolonel Zain Azrai bin Haji Karia, Pegawai Memerintah 22 RAMD, dan Pegawai Waran 1 Hamzah bin Husin, SMR 22 RAMD. Acara berakhir dengan bacaan Doa Selamat.

Kedua-dua eksesais akan berlangsung selama lapan hari di beberapa kawasan latihan seperti Kota Belud, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kedua angkatan tentera dalam melaksanakan operasi dengan memberi tumpuan kepada elemen-elemen gabungan serta menjadi salah satu platform yang penting dalam mengukuhkan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.