ISTANA NURUL IMAN, Friday, 15 July 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam yesterday conferred state decorations in conjunction with His Majesty's 77th birthday celebration at the Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.
The ceremony began with the royal decree by His Majesty, followed by the presentation of state decorations to 26 recipients. Among the recipients was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) was conferred The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei, 3rd Class (S.M.B.). This award will certainly give the spirit to continue serving with full dedication, honesty and responsible for the country.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENGURNIAKAN BINTANG KEBESARAN KEPADA TIMBALAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
ISTANA NURUL IMAN, Khamis, 15 Julai 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda yang ke-77 tahun. Istiadat pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.
Istiadat bermula dengan pengurniaan titah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, diikuti dengan pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 26 orang penerima. Yang Mulia Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei adalah di antara penerima Bintang Kebesaran iaitu telah dikurniakan dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.). Pengurniaan ini setentunya akan memberi semangat untuk terus berkhidmat dan berbakti dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah demi untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.