BRUNEI-MUARA, Friday, 12 May 2023 - In Conjunction of the 62nd Royal Brunei Armed Force (RBAF) Anniversary, 'C' Company from First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) conducted a visit to the Jame Asr Hassanil Bolkiah Mosque cemetery, Kampong Kiarong.
The activity commenced with a cleaning campaign followed by Tahlil and the recitation of Surah Yassin dedicated to late Allahyarham Captain Mohammad Ismael bin Dato Setia Haji Samid and former RBAF personnel who have passed away.
This activity aims to instill spirituality in each individual and to promote teamwork among personnel in maintaining cleanliness as taught in Islam whilst remembering the services of the former personnel of RBAF.


BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA ULANG TAHUN KE-62 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BRUNEI-MUARA, Juma'at, 12 Mei 2023 - Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62, Kompeni 'C' Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp C 1Bn TDDB) telah mengadakan aktiviti menziarahi dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.
Aktiviti dimulakan dengan kempen membersihkan kawasan perkuburan dan kemudian diakhiri dengan membaca Surah Yasin dan Tahlil yang dikhususkan kepada bekas anggota 1Bn TDDB, Allahyarham Kapten Mohammad Ismael bin Dato Setia Haji Samid dan anggota-anggota ABDB yang telah Kembali ke Rahmatullah.
Aktiviti ini bertujuan untuk menanamkan sifat kerohanian kepada setiap individu dan meningkatkan kerjasama sepasukan dalam menjaga kebersihan seperti yang dianjurkan dalam Islam di samping mengenang jasa anggota-anggota ABDB yang telah Kembali ke Rahmatullah.