Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE ORIENTEERING COMPETITION 2022/2023


PERPINDAHAN BUKIT BERUANG, Thursday, 8 September 2022 – Royal Brunei Land Force (RBLF) held an Orienteering Competition at the Dewan Kemasyarakatan Bukit Beruang, Tutong. Four main categories were contested which included two categories for male personnel and two categories for female personnel.

Present as the Guest of Honour (GOH) was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and personnel of RBLF.

For the males, the first category was for the team category and the second category was for the open, aged 29 years old and below, 30 to 39 years old and 40 years old and above. Six teams participated in the event representing major units in RBLF consisted of First Battalion RBLF, Second Battalion RBLF, Third Battalion RBLF, Combat Service Support RBLF, Combined Team 1 (Support Battalion RBLF, School of Infantry RBLF, Royal Guard Regiment RBLF, and Headquarters Company RBLF) and Combined Team 2 (Medical Services RBLF and Dental Services RBLF).

Meanwhile, for the females, the first category was for the team category and the second category was for the open, aged 29 years old and below, 30 to 39 years old. Five teams participated in the event representing major units in RBLF consisted of Combined Team 1A and Combined Team 1B (Support Bn RBLF, School of Infantry RBLF and Headquarters Company), Combined Team 3A and Combined Team 3B (First Battalion RBLF, Second Battalion RBLF, Third Battalion RBLF, Combat Service Support RBLF).

For the male team category, Combined Team 1 emerged as champions, Third Battalion RBLF came in second place and Combat Service Support RBLF (CSS RBLF) was at third place.  As for the female team categories, Combined Team 3B emerged as champions, Combined Team 3A came in second place and Combined Team 2 was at third place.  The competition concluded with a prize presentation to the winners by the Guest of Honour for the male categories and for the female personnel categories presented by Lieutenant Colonel Dr Norasiah binti Hj Ahmad and ended with a group photo session.

The competition aims to test the navigational skills and endurance fitness of the orienteers to represent RBLF in the upcoming Royal Brunei Armed Forces Orienteering Competition.



PERLAWANAN MERINTIS PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TAHUN 2022/2023

PERPINDAHAN BUKIT BERUANG, Khamis, 8 September 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Perlawanan Merintis bertempat di Dewan Kemasyarakatan Bukit Beruang, Tutong. Sebanyak empat kategori utama dipertandingkan termasuk dua kategori untuk anggota lelaki dan dua kategori untuk anggota wanita.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.

Bagi kategori lelaki, kategori pertama ialah kategori berpasukan dan kategori kedua bagi kategori terbuka berumur 29 tahun ke bawah, 30 hingga 39 tahun dan 40 tahun ke atas. Enam pasukan telah mengambil bahagian dalam acara yang mewakili unit utama dalam TDDB terdiri daripada Batalion Pertama TDDB, Batalion Kedua TDDB, Batalion Ketiga TDDB, Khidmat Bantuan Kombat TDDB, Pasukan Gabungan 1 (Batalion Bantu TDDB, Sekolah Infantri TDDB, Rejimen Pengawal Diraja TDDB dan Kompeni Markas TDDB) dan Pasukan Gabungan 2 (Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, dan Khidmat Pergigian TDDB).

Manakala bagi kategori wanita, kategori pertama ialah kategori berpasukan dan kategori kedua ialah kategori terbuka berumur 29 tahun ke bawah, 30 hingga 39 tahun. Lima pasukan menyertai acara tersebut masing-masing mewakili unit utama dalam TDDB terdiri daripada Pasukan Gabungan 1A dan Pasukan Gabungan 1B (Batalion Bantu TDDB, Sekolah Infantri TDDB dan Kompeni Markas), Pasukan Gabungan 3A dan Pasukan Gabungan 3B (Batalion Pertama TDDB, Batalion Kedua TDDB, Batalion Ketiga TDDB, Khidmat Bantuan Kombat TDDB).

Muncul sebagai juara bagi pasukan kategori lelaki ialah Pasukan Gabungan 1, Naib Johan disandang oleh Batalion Ketiga TDDB (3BN TDDB) dan tempat ketiga disandang oleh Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB). Bagi kategori pasukan wanita pula, johan dimenangi oleh Pasukan Gabungan 3B, Pasukan Gabungan 3A di tempat kedua dan Pasukan Gabungan 2 di tempat ketiga. Perlawanan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis bagi peserta kategori lelaki, dan bagi kategori Askar Wanita hadiah telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel Dr Norasiah binti Hj Ahmad dan disudahi dengan sesi bergambar ramai.