LUMUT CAMP, Wednesday, 07 September 2022 – His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Chief of Defence Force of Indonesia made a working visit to Third Battalion RBLF (3Bn RBLF), Lumut Camp this afternoon as part of his three-day official visit to Brunei Darussalam.
Also present were Datin Ibu Hetty Andika Perkasa, spouse of the Chief of Defence Force of Indonesia, Senior Officers, Officers and personnel of Indonesian National Defence Forces and RBLF.
Upon arrival at the 3Bn RBLF Helicopter Landing Pad, Chief of Defence Force of Indonesia and delegation were welcomed by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF and spouse, Ampuan Datin Yura Kasumawati binti Dato Paduka Hj Adnan. The visit started off with a quick tour around the camp before stopping by the parade square for a group photo and viewing of a static display of the RBLF capabilities and assets. The visits proceeded with a tour of the accommodation and living quarters of officers and other ranks inside the camp.
Commander-In-Chief of the Indonesian National Defence Forces and delegation was then brought to the official residence of Commanding Officer of 3Bn RBLF for hi-tea session, concluded with the signing of commemorative parchment and a souvenir presentation.
%20VISITS%20TO%20THIRD%20BATTALION%20ROYAL%20BRUNEI%20LAND%20FORCE/IMG-20220908-WA0048.jpeg)
KUNJUNGAN RASMI PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIA KE PERKHEMAHAN LUMUT
Perkhemahan Lumut, Rabu, 07 September 2022 – Yang Terhormat Jenderal TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI) telah mengadakan lawatan kerja ke Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB), Perkhemahan Lumut petang ini sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Yang Terhormat Datin Ibu Hetty Andika Perkasa, isteri kepada Panglima TNI, Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TNI dan TDDB.
Ketibaan Panglima TNI dan rombongan di Landasan Helikopter 3Bn TDDB disambut oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB dan isteri, Ampuan Datin Yura Kasumawati binti Dato Paduka Hj Adnan. Lawatan dimulakan dengan lawatan ringakas disekitar perkhemahan sebelum ke padang kawad untuk sesi bergambar ramai dan sekaligus menyaksikan pameran statik keupayaan dan aset TDDB. Lawatan diteruskan dengan kunjungan ke tempat kediaman pegawai-pegawai dan anggota-anggota di dalam kem.
Panglima TNI dan rombongan kemudian dibawa ke kediaman rasmi Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB untuk sesi makan petang, diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan dan penyampaian cenderahati.