Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
OPENING CEREMONY OF THE BATTALION SKILLS AT ARMS MEET (BNSAAM) OF THE THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

LUMUT CAMP, Friday, 13 May 2022 - The Opening Ceremony of the BNSAAM which involved over 90 shooters from the Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) Rifle Companies took place today at the Parade Square of 3Bn RBLF, Lumut Camp. The BNSAAM competition is scheduled to take place from 16 May 2022 until 20 May 2022.

Present as the guest of honour was Major Daud bin Etim, Second-in-Command of 3Bn RBLF, also in-attendance at the ceremony were officers and personnel of 3Bn RBLF.

The ceremony began with the honorary salute and parade inspection which was led by Lieutenant Mohammad Zahran Habibullah bin Mohamad Zulshofiyan as the Parade Commander, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and the presentation of Toha. The guest of honour then gave his opening speech, where he urged all participants to take the opportunity of the arms meet to increase their self-confidence and practice teamwork as well as to maintain discipline and security throughout the competition. The event concluded with a group photo session.

The objective of the shooting competition is to enhance the individual weapon handling and to find potential talent that will represent 3Bn RBLF for the upcoming shooting competitions notably the Royal Brunei Land Forces' Skill at Arms Meet which be held in August 2022 as well as for the bigger shooting competitions ASEAN Armies Rifle Meet (AARM).


MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PERLAWANAN MENEMBAK BATTALION SKILLS AT ARMS MEET (BNSAAM) BAGI BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Juma'at, 13 Mei 2022 – Majlis Pembukaan Rasmi BNSAAM yang melibatkan lebih dari 90 penembak daripada Kompeni-kompeni Repal Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah berlangsung pada hari ini di Padang Kawad 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut. Perlawanan BNSAAM dijadualkan berlangsung bermula 16 Mei 2022 hingga 20 Mei 2022.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Daud bin Etim, Timbalan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir dalam upacara tersebut ialah Pegawai-pegawai dan anggota 3Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan tabik hormat dan pemeriksaan kawalan perbarisan yang diketuai oleh Leftenan Mohammad Zahran Habibullah bin Mohamad Zulshofiyan selaku Ketua Kawalan, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan penyampaian Toha. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada tetamu kehormat yang mana beliau menyeru semua peserta terlibat untuk mengambil manfaat dari penyertaan mereka di dalam perlawanan tersebut khususnya bagi mempertingkatkan tahap kepercayaan diri, kerjasama berpasukan serta mengekalkan mutu disiplin dan sekuriti di sepanjang perlawanan diadakan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Perlawanan ini bertujuan untuk mempertingkatkan tatacara pengendalian senjata persendirian dan sekaligus mencari bakat baru yang akan mewakili penembak 3Bn TDDB di dalam perlawanan akan datang iaitu Royal Brunei Land Forces' Skill at Arms Meet yang dijadualkan pada bulan Ogos 2022 dan perlawanan menembak berskala besar iaitu ASEAN Armies Rifle Meet (AARM).