Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ENLIVENING OF BALAI IBADAT KAMPUNG SIBUT WITH RELIGIOUS ACTIVITIES

KAMPUNG SIBUT, Monday, 25 April 2022 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan, a programme to enliven the religious activities in Balai Ibadat Kampung Sibut, Temburong  District was conducted by personnel from the Echo Company, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) along with the local populations. 

The event commenced with mass Isya' prayer followed by Tarawih and Witir Prayers. It continued with Tadarus Al-Quran led by Imam Khairolrizan bin Ibrahim, Imam of Balai Ibadat Kampong Sibut and concluded with a group photo session. 

This enlivening program for rural mosques and balai ibadat serves as a religious approach for community outreach to further strengthen the relationship between RBLF personnel with the local community as well as to enliven the mosques of rural areas within the Temburong District.

PROGRAM KEAGAMAAN BAGI MENYEMARAKKAN BALAI IBADAT KAMPUNG SIBUT

KAMPUNG SIBUT, Isnin, 25 April 2022 –  Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah, program bagi menyemarakkan balai ibadat melalui aktiviti keugamaan telah dilaksanakan oleh anggota-anggota dari Kompeni E, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) bertempat di Balai Ibadat Kampung Sibut, Daerah Temburong bersama masyarakat tempatan di kawasan berkenaan.

Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah diikuti dengan SembahyangSunat Tarawih dan Sembahyang Sunat Witir. Majlis diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran yang diketuai oleh Imam Khairolrizan bin Ibrahim, Imam Balai Ibadat Kampong Sibut dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga TDDB dengan masyarakat setempat di samping bertujuan bagi mengimarahkan lagi masjid-masjid di kawasan pedalaman Daerah Temburong.