Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR ROYAL BRUNEI LAND FORCE WARRANT OFFICERS

BERAKAS GARRISON, Thursday, 13 January 2022 Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) held a promotion ceremony for RBLF Warrant Officers that took place at the Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants' Mess, Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hasan, Commander of RBLF. Also present were Chief of Staff RBLF, Senior Officers, Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of RBLF and Land Force Sergeant Major.

A total of 24 SNCOs were promoted which consisted of 02 personnel promoted to Substantive Warrant Officer 1, 03 personnel promoted to Acting Warrant Officer 1, 14 personnel promoted to Substantive Warrant Officer 2 and 05 personnel promoted to Acting Warrant Officer 2.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of ranks by the Guest of Honour and recitation of Doa Selamat. The ceremony concluded with a group photo session and the signing of parchment.


MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI WARAN PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 13 Januari 2022 – Markas Tentera Darat Diraja Brunei (Mrks TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Waran Satu dan Pegawai Waran Dua Peringkat TDDB bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hasan, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan TDDB, Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) TDDB dan Sarjan Mejar Tentera Darat.

Seramai 24 anggota telah dinaikkan pangkat iaitu 02 anggota dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran 1 Tetap, 03 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 1, 14 anggota dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran 2 Tetap dan 05 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat serta bacaan Doa Selamat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.