Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
LEADERSHIP TALK BY LAND FORCE SERGEANT MAJOR


BRUNEI, Thursday 02 December 2021 – A Leadership Talk session by Warrant Officer 1 Rosleen bin Hj Tujoh, Land Force Sergeant Major (LFSM) continue at Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) which was held on 1 December 2021 and at Third Battalion RBLF (3Bn RBLF) on 2 December 2021. The leadership talks sessions was conducted in accordance with the guidelines set by the Ministry of Health.

For the Leadership Talk held at 2Bn RBLF, the talk was conducted at the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants' Mess, 2Bn RBLF in two sessions. Present at the talk for the first session was for the Privates of 2Bn RBLF while the second session was for the Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) of 2Bn RBLF. 

The sessions began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the Leadership Talk by LFSM. During the session, he reminds to always remember the missions and visions of Royal Brunei Land Force (RBLF) as well as to understand each meaning of 'D.I.S.I.P.L.I.N' and 'JATI'. He also reminded that RBLF personnel should also understand and know their respective roles according to the positions and ranks assigned. During his closing remarks, he further highlighted the importance of applying experience in performing tasks.

Meanwhile, for the Leadership Talk held at 3Bn RBLF, the talk was conducted at two separate venues. Present at the talk for the first session were the Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) and the Privates of 3Bn RBLF which took place at the Dining Hall of 3Bn RBLF while the second session was for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of 3Bn RBLF which was held at Pipes and Band Auditorium, 3Bn RBLF.

The sessions began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the leadership talk by LFSM. The talk highlighted the importance of enhancing the leadership in RBLF's chain of command and its personnel. He also shared the lessons learnt through his leadership experiences and addressed the importance for all personnel to always self-reflect. He further advised personnel to enhance their communication skills and maintain a high standard level of fitness. 

He also shared the level of credibility of the RBLF not only in its role in defending the country but also as a 'Role Model' to the surrounding community. He also emphasised personnel to instil RBAF's core values in their daily practice. 

The sessions concluded with a question-and-answer session and the signing of parchment.



SESI PERKONGSIAN CERAMAH KEPIMPINAN BERSAMA 

SARJAN MEJAR TENTERA DARAT

BRUNEI, Khamis, 02 Disember 2021 – Satu sesi ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Pegawai Waran 1 Rosleen bin Hj Tujoh, Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei (SM TDDB) diteruskan lagi di Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) yang telah diadakan pada 1 Disember 2021 dan di Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) pada 2 Disember 2021.  Sesi ceramah kepimpinan tersebut telah dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi sesi Ceramah Kepimpinan yang diadakan di 2Bn TDDB, ceramah telah dijalankan di Mes Waran, Staf Sarjan dan Mes Sarjan, 2Bn TDDB di dalam dua sesi. Hadir pada sesi perkongsian pertama ialah peringkat Soldadu dari 2Bn TDDB manakala bagi sesi kedua ialah Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan PTB Rendah 2Bn TDDB.

Ceramah dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ceramah kepimpinan daripada SM TDDB . Di dalam ceramah beliau, beliau mengingatkan kepada semua anggota agar sentiasa mengingati tentang Misi dan Visi TDDB serta sentiasa mengingati dan memahami setiap maksud pengertian tentang 'D.I.S.I.P.L.I.N' dan 'JATI'. Beliau juga mengingatkan kepada semua warga TDDB agar tahu dan memahami peranan masing-masing mengikut jawatan yang diberikan. Dihujung ceramah beliau juga ada menggariskan tentang kepentingan dalam menggunakan pengalaman di dalam melaksanakan tugas. 

Manakala bagi Ceramah Kepimpinan yang diadakan di 3Bn TDDB, ceramah tersebut telah diadakan di dua tempat berasingan. Hadir semasa sesi perkongsian pertama ialah PTB Rendah dan Soldadu dari 3Bn TDDB bertempat di Dewan Makan 3Bn TDDB dan bagi sesi kedua ialah bagi PTB Kanan 3Bn TDDB bertempat di Dewan Serunai dan Tambur. 

Sesi tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian ceramah kepimpinan oleh SM TDDB. Semasa sesi perkongsian tersebut, beliau telah mengongsikan beberapa perkara yang perlu diterapkan dalam diri setiap anggota yang mana penting dalam meningkatkan mutu kepimpinan. Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan untuk mengongsikan pengalaman peribadi beliau dan menerangkan beberapa ciri-ciri kepimpinan yang perlu dipertingkatkan seperti kemahiran komunikasi dan juga tahap kecergasan individu. 

Beliau juga mengongsikan tahap kredibiliti TDDB bukan sahaja berperanan untuk mempertahankan negara tetapi juga adalah sebagai 'Role Model' kepada masyarakat sekeliling. Beliau juga menekankan mengenai terapan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). 

Sesi-sesi ceramah tersebut kemudian di akhiri dengan sesi soal jawab dan menandatangani lembaran kenangan.