Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF ATTENDS 34th AARM TECHNICAL COMMITTEE MEETING, 27th ACAMM AND 14th ASMAM IN MALAYSIA

MELAKA, Friday, 8th May 2026 – The 34th ASEAN Armies Rifle Meet Technical Committee Meeting (AARM TCM), 27th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) ASEAN Armies Working Group (AAWG) Meeting and 14th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) Working Group Meeting were successfully conducted in Melaka, Malaysia from 5th May to 8th May 2026.

Representing the Royal Brunei Land Forces (RBLF) as Head of Delegation and Contingent Commander for the 34th AARM was Major Mohammad Sufrien bin Johan, Commanding Officer of Second Battalion RBLF (2Bn RBLF). Meanwhile, the 27th ACAMM AAWG Meeting was represented by Major Muhammad Khairulanwar bin Haji Abd Latif, Staff Officer Grade 2 Planning (G5), RBLF Headquarters, while Warrant Officer 1 (RSM) Mardini bin Haji Kassim represented the RBLF for the 14th ASMAM Working Group Meeting.

Among the main agenda discussed during the meetings were the review of the 34th AARM Rules and Regulations Book, range visits, in addition to preparations relating to activities and administrative matters for the upcoming ACAMM and ASMAM meetings. The meetings concluded with the signing ceremony of the 34th AARM Rules and Regulations Book held at the Army Officers Recreational Club, Terendak Camp.

34th AARM will be scheduled on 31 Oct – 19 November 2026 while 27th ACAMM and 14th ASMAM are scheduled from 16 - 19 November 2026 in Malaysia which will be attended by a total of 10 countries.

 

TDDB MENGHADIRI MESYUARAT AARM TCM KE-34, ACAMM KE-27 DAN ASMAM KE-14 DI MALAYSIA

MELAKA, Jumaat, 8 Mei 2026 – Mesyuarat ASEAN Armies Rifle Meet Technical Committee (AARM TCM) kali ke-34, dan Mesyuarat ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) kali ke-27 serta Mesyuarat ASEAN Armies Working Group (AAWG) kali ke-14 telah berjaya dilaksanakan di Melaka, Malaysia dari 5 Mei 2026 hingga 8 Mei 2026.

Hadir bagi mewakili Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) selaku Ketua Delegasi dan Ketua Kontinjen bagi AARM ke-34 ialah Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB). Sementara itu, Mesyuarat AAWG bagi ACAMM ke-27 telah diwakili oleh Mejar Muhammad Khairulanwar bin Haji Abd Latif, Pegawai Staf Gred 2 Perancangan (G5), Markas TDDB, manakala Pegawai Waran 1 (SMR) Mardini bin Haji Kassim mewakili TDDB bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja ASMAM ke-14.

Antara agenda utama yang dibincangkan sepanjang mesyuarat termasuk penyemakan Buku Peraturan dan Undang-Undang AARM ke-34, lawatan ke lapang sasar, serta persiapan berkaitan aktiviti dan urusan pentadbiran bagi ACAMM dan ASMAM yang akan datang. Mesyuarat tersebut diakhiri dengan majlis penandatanganan Buku Peraturan dan Undang-Undang AARM ke-34 yang diadakan di Army Officers Recreational Club, Kem Terendak.

AARM ke-34 akan berlangsung pada 31 Oct – 19 November 2026 manakala ACAMM ke-27 dan ASMAM ke-14 dijadualkan pada 16 -19 November 2026 di Malaysia dan akan dihadiri oleh 10 buah negara.