Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

2BN RBLF JOINS KG BUKIT UDAL CYCLING EVENT

TUTONG, Sunday, 10 May 2026 A total of 25 personnel from the Second Battalion, Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) participated in a recreational cycling event organised by the Village Consultative Council of Kampong Bukit Udal and Penapar, Tutong in conjunction with the 42nd National Day Celebration of Brunei Darussalam. Also present during the event was Major Mohammad Sufrien bin Johan, Commanding Officer of 2Bn RBLF.

The event commenced with an aerobic session, followed by cycling routes of 42 kilometres and 13 kilometres. The program wrapped up with the presentation of prizes and lucky draw gifts to the participants.

The participation of 2Bn RBLF in the community-based activity reflects the continuous commitment of the Royal Brunei Land Forces towards strengthening civil-military relations with the local community. The event also served to promote a healthy lifestyle, foster closer interaction, and enhance positive engagement between RBLF personnel and the surrounding community.




2BN TDDB SERTAI ACARA RIADAH BERBASIKAL KG BUKIT UDAL

TUTONG, Ahad, 10 Mei 2026 – Seramai 25 orang anggota daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menyertai Acara Riadah Berbasikal yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Bukit Udal dan Penapar, Tutong sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42 Tahun. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.

Acara dimulakan dengan sesi senaman aerobik, diikuti dengan aktiviti kayuhan berbasikal sejauh 42 kilometer dan 13 kilometer. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada para peserta.

Penyertaan 2Bn TDDB dalam aktiviti kemasyarakatan ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat Diraja Brunei dalam memperkukuhkan hubungan tentera bersama masyarakat setempat. Acara ini juga mendukung usaha ke arah mempromosikan gaya hidup sihat, memupuk interaksi yang lebih erat serta mengukuhkan penglibatan positif antara warga TDDB dan masyarakat sekeliling.