Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD PROMOTION AND SERGEANT MAJOR HANDOVER CEREMONY


BERAKAS GARRISON, Friday, 08 October 2021 - First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held a Promotion and Sergeant Major Handover ceremony conducted at 1Bn RBLF Headquarters. 

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Haji Md Isa, Commanding Officer of 1Bn RBLF via video teleconference. Also present at the ceremony via video teleconference were Lieutenant Colonel Awang Haji Zuhairi bin Awang Haji Ash'ari, Assistant Chief of Staff Personnel RBLF, Land Force Sergeant Major and Sergeant Majors from all RBLF sub-units.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah by Sergeant Khairul Rahimi bin Mohd Morsidi. The ceremony continued with the presentation of rank to Warrant Officer 1 (WO1) Mohd Haswandi bin Haji Paun followed by the presentation of the Sam Browne belt to Warrant Officer 2 Dino Erwandy bin Abdul Rahim.

The ceremony then continued with the Regiment Sergeant Major (RSM) Handover Ceremony between the outgoing RSM WO1 Haji Abdul Rahman bin Haji Kaling and the newly appointed RSM WO1 Mohd Haswandi bin Haji Paun with the signing of the Handover Certificate followed by the handing over of the Regiment Sergeant Major's cane and the presentation of souvenirs to the outgoing RSM 1Bn RBLF. The ceremony concluded with the recitation of Doa.



MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT SERTA SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 08 Oktober 2021 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat dan Majlis Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) TDDB bertempat di Markas 1Bn TDDB. 

Hadir selaku tetamu kehormat secara dalam talian ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Haji Md Isa Pegawai, Pemerintah 1Bn TDDB. Turut menyaksikan majlis tersebut secara dalam talian ialah Leftenan Kolonel Awang Haji Zuhairi bin Awang Haji Ash'ari, Penolong Ketua Staf Keanggotaan TDDB, Sarjan Mejar TDDB dan Sarjan Mejar - Sarjan Mejar dari seluruh unit-unit TDDB.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Sarjan Khairul Rahimi bin Mohd Morsidi. Majlis diteruskan dengan penyampaian pangkat Pegawai Waran 1 (PW1) kepada PW1 Mohd Haswandi bin Haji Paun dan diteruskan dengan pemakaian tali pinggang Sam Browne kepada PW2 Dino Erwandy bin Abdul Rahim. 

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan upacara Serah Terima Tugas bagi SMR diantara PW1 yang lama, Haji Abdul Rahman bin Haji Kaling dengan PW1 yang baru dilantik, PW1 Mohd Haswandi bin Haji Paun. Majlis diteruskan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas diikuti dengan penyerahan tongkat serta penyampaian cenderahati kepada Mantan SMR 1Bn TDDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa.