Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ENLIVENING OF KAMPONG RATAIE MOSQUE WITH RELIGIOUS ACTIVITIES


TEMBURONG, Thursday, 24 June 2021 – Taking a different approach to community outreach, personnel from E Company of First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) went to Kampong Rataie Mosque to perform mass Maghrib Prayers with the Head of the Village, Imam and residents of Kampong Rataie. The event continued with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil followed by mass Isya' Prayers. The event concluded with light refreshments and a session with the residents of Kampong Rataie.

The event received positive feedback from the local residents as it allows personnel of 1Bn RBLF to foster a stronger relationship with the local residents as well as to enliven the mosques of rural areas within the Temburong District.

 


MENYEMARAKKAN MASJID KAMPONG RATAIE DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN

TEMBURONG, Khamis, 24 Jun 2021 – Melalui pendekatan yang berbeza dalam menjalin hubungan erat bersama masyarakat tempatan, anggota-anggota daripada Kompeni E, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) berkunjung ke Masjid Kampong Rataie untuk menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah bersama dengan Ketua Kampong, Imam dan penduduk-penduduk Kampong Rataie. Majlis diteruskan dengan membaca Surah Yaasin dan Tahlil diikuti dengan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah. Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan ringan dan seterusnya sesi interaksi bersama penduduk Kampong Rataie.

Acara tersebut telah mendapatkan sambutan yang baik daripada penduduk kampung kerana memberikan peluang anggota-anggota TDDB untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah bersama penduduk-penduduk kampung di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid dan balai ibadah di kawasan pendalaman Daerah Temburong.