Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SUPPORT BATTALION SKILL AT ARMS MEET AND ROYAL BRUNEI LAND FORCE FEMALE PERSONNEL PISTOL COMPETITION

PENANJONG GARRISON, Friday, 15 February 2019 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) held both the Battalion Skill At Arms Meet (BnSAAM) and the RBLF Female Personnel Pistol Competition from 13 to 15 February 2019 at the Binturan Firing Range, Penanjong Garrison. A total of 104 shooters have competed in 4 categories which includes Rifle, Carbine, GPMG and Pistol. Representatives from the Combat Service Support (CSS RBLF) also participated in the Carbine and Pistol match categories.

The opening ceremony of the BnSAAM was officiated by Major Mohd Shalleh bin Hj Ismail, 2IC Sp Bn RBLF on the 13 February 2019 while the closing ceremony was held on 15 February 2019 at Gallery 2, Binturan Range, Penanjong Garrison. Present as the Guest of Honour at the closing ceremony was Lt Col Hj Rony Zai bin Hj Zaini, CO Sp Bn RBLF. Other invited guests include Lt Col Amilin bin Hj Mohamad Gani / Hj Junit, Dy Comdt CSS RBLF, Lt Col Dr Haslina binti Junaidi and Lt Col Dr Norinda binti Hj Tengah, Dental Officer CSS RBLF.

The closing ceremony began with a post-competition brief, followed by the  Pistol and Carbine Novelty Shoot match conducted at Gallery 2. The Guest of Honour then continued to present prizes to the individual and group winners in each categories.

The winner for the Rifle Team category was from Combat Engineer Squadron (CES) Sp Bn RBLF. While for Carbine and GPMG Team categories, the prizes were received by Armoured Reconnaissance Squadron (ARS) Sp Bn RBLF whereas the Chemical, Biological, Radiological and Explosives (CBRE) Defence Unit Sp Bn RBLF became the winner for Pistol Team category. The overall champion for the Sp Bn RBLF BnSAAM went to ARS Sp Bn RBLF. 

The aims and objectives of the competition are to select shooters who will represent Sp Bn RBLF for the Land Forces Skill At Arms Meet (LFSAAM) Competition to be held in April 2019. In addition, the competition aimed to improve individual weaponry handling and skill. It also serves to enhance the level of teamwork and cooperation amongst each other, hence increasing the sense of belonging by encouraging a healthy competitive spirit among units from Sp Bn RBLF.


PERLAWANAN BATTALION SKILLS AT ARMS MEET BAGI BATALION BANTU DAN MENEMBAK PISTOL BAGI ASKAR WANITA PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Jumaat, 15 Februari 2019 - Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Perlawanan Battalion Skills At Arms Meet (BnSAAM) bagi Bn Bantu TDDB. Perlawanan BnSAAM ini juga diserikan lagi dengan Perlawanan Menembak Pistol Askar Wanita Peringkat Tentera Darat Diraja Brunei. Perlawanan tersebut telah dilaksanakan pada 13 hingga 15 Februari 2019 bertempat di Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison. Seramai 104 penembak telah ikut bertanding dalam 4 kategori perlawanan iaitu rifle, carbine, GPMG dan pistol. Turut menyertai perlawanan pistol dan carbine adalah pasukan daripada KBK TDDB.

Upacara pembukaan BnSAAM ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Mej Mohd Shalleh bin Hj Ismail, Timb Peg Pem Bn Bantu TDDB pada 13 Februari 2019. Manakala, upacara penutup pula telah dilaksanakan pada 15 Februari 2019 bertempat di Galeri 2, Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan upacara tersebut ialah Yang Mulia Lt Kol Hj Rony Zai bin Hj Zaini, Peg Pem Bn Bantu TDDB. Turut hadir selaku jemputan ialah Yang Mulia Lt Kol Amilin bin Hj Mohamad Gani/Hj Junit, Timb Komdn KBK TDDB, Yang Mulia Lt Kol Dr Haslina binti Junaidi dan Lt Kol Dr Norinda binti Hj Tengah, Pegawai Pergigian, KBK TDDB.

Upacara bermula dengan penyampaian rumusan perlawanan kepada Tetamu Kehormat dan pegawai jemputan di Bilik Urusetia Galeri 1 dan diteruskan dengan perlawanan Pistol dan Carbine Novelty Shoot di Galeri 2. Seterusnya Tetamu Kehormat menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang individu dan berkumpulan bagi setiap perlawanan yang ditandingkan.

Juara bagi kategori rifle disandang oleh unit Skuadron Jurutera Tempur (SJT) Bn Bantu TDDB. Sementara juara bagi kategori carbine dan GPMG pula diraih oleh unit Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP) Bn Bantu TDDB. Unit Pertahanan (KBRL) Bn Bantu TDDB pula telah menjadi johan bagi kategori pistol. Manakala, Juara keseluruhan Perlawanan BnSAAM Bn Bantu TDDB dan sekaligus membawa pulang piala pusingan telah disandang oleh unit SKPP Bn Bantu TDDB.

Upacara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat serta perasmian penutup Perlawanan BnSAAM Bn Bantu TDDB dan Perlawanan Menembak Pistol Askar Wanita Peringkat TDDB. Upacara diakhiri dengan doa kesyukuran bagi memohon keberkatan.

Diantara matlamat dan objektif Perlawanan BnSAAM adalah bagi memilih penembak-penembak yang akan mewakili Bn Bantu TDDB bagi Perlawanan LFSAAM pada bulan April 2019 nanti. Disamping itu juga, ianya akan meningkatkan lagi kerjasama sepasukan, mengenal dan memahirkan pengendalian senjata-senjata, mempertingkatkan sense of belonging dan memumuk daya saing diantara unit-unit Bn Bantu TDDB. Ianya juga menjadi satu platform bagi memilih penembak Askar Wanita yang mempunyai potensi untuk diserapkan bagi mewakili pasukan TDDB.