Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LAWATAN KERJA PEMERINTAH ABDB KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis 5 Apr 2018 – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Hj Mahmud, telah membuat lawatan kerja ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) di Markas TDDB, Berakas Garison.

Lawatan ini adalah lawatan pertama selepas Yang Mulia Pengiran Dato memegang jawatan sebagai Pemerintah ABDB.

Sebaik tiba di Markas TDDB, Yang Mulia Pemerintah ABDB menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Yang Mulia Kapten Hanis Fakhri bin Haji Bakri. Kawalan terdiri daripada anggota-anggota Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB), rombongan Panji-Panji 1Bn dan Pasukan Pancaragam ABDB.

Lawatan diteruskan dengan taklimat ringkas di Bilik Taklimat Markas TDDB dan kemudian dijunjung untuk bergambar ramai bersama pegawai-pegawai kanan, anggota-anggota dan kakitangan awam Markas TDDB. 

Sejurus sesi bergambar ramai, Yang Mulia Pemerintah ABDB dijunjung ke Padang Tembak Berakas Garison untuk perlawanan menembak Novelty Shoot dan sesi ujicuba senjata Sniper. Pemerintah ABDB juga berkesempatan unutk memeriksa bot ronda TDDB yang baru.

Lawatan Pemerintah ABDB diakhiri dengan menikmati jamuan di Mes Pegawai Berakas Garison dan diikuti dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang semasa perlawanan menembak Novelty Shoot. Yang Mulia Pemerintah TDDB juga berkesempatan untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada Yang mulia Pemerintah ABDB.