Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

NEW ROYAL BRUNEI LAND FORCE COMMANDER APPOINTED


BERAKAS GARRISON, Friday, 10 June 2022 – A Parade Ceremony to mark the appointment of Colonel Saifulrizal bin Abdul Latif, the new Royal Brunei Land Force (RBLF) Commander was held today at the parade square, First Battalion (1Bn RBLF), Berakas Garrison. In attendance during the ceremony was the Deputy Commander RBLF, Chief of Staff RBLF, Chief of Staff of Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Senior Land Force Officers from RBLF as well as from the RBAF and the Ministry of Defence, Officers from RBLF, Land Force Sergeant Major and RBLF personnel. 

Upon arrival at the parade square, the newly appointed Commander RBLF received the honourary salute and later inspected the Guard of Honour comprising of personnel from all RBLF units commanded by Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Deputy Commanding Officer of 1Bn RBLF. The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Major Abd Mujib Bin Japar, Staff Officer Grade One, Religious Operations, RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).

The newly installed Commander RBLF then delivered his inaugural speech as the 13th Commander of RBLF where he firstly, called out to all personnel of RBLF to have an unwavering pledge of allegiance before His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in addition to exercise trust in keeping the peace and defend sovereignty with sincere and precise spirit. The Commander also expressed his desire for all personnel in RBLF, especially those holding positions of leadership to be capable, knowledgeable, and well-rounded to be able to maintain a high quality of work, level of professionalism, and strong discipline.

The Commander further emphasised that the RBLF is an important unit in RBAF, in upholding the sovereignty and security of the country, thus the RBLF level of preparedness will always be a priority that should be maintained if not enhanced even more. To achieve this high level of effectiveness, all layers of RBLF will always be prepared to carry out missions and tasks with full dedication and trust. With that said, the level of spiritual strength also needs to be strengthened by drawing close to Allah SWT, to reap the blessings as well as empower all responsibilities that are entrusted to the RBLF.

In shaping the direction of RBLF, the Commander calls upon those entrusted to align to the Force's Strategic Planning 2035 and Force Structure Review for RBLF. To further maintain the readiness of RBLF, emphasis is placed on the readiness of RBLF assets to be maintained at an optimal level to be able to perform any mission and operation at any time while supporting the 'Whole of Nation' approach

To conclude and bless the ceremony, Major Abd Mujib recited the Doa Selamat and Doa Ambil Alih Tugas as well as Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The ceremony then proceeded to the Officers' Mess, Berakas Garrison for refreshments and concluded with a Closing Doa, a group photo, and the signing of parchments by the newly installed Commander of RBLF. 






PELANTIKAN BARU PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 10 Jun 2022 – Upacara Perbarisan bagi menandakan pelantikan Kolonel Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang baru telah diadakan hari ini, bertempat di Padang Kawad, Batalion Pertama (1Bn TDDB), Berakas Garison. Turut hadir di upacara tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Ketua Staf Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pegawai-pegawai Kanan TDDB serta dari ABDB dan Kementerian Pertahanan, Pegawai-pegawai TDDB, Sarjan Mejar TDDB dan anggota-anggota TDDB. 

Sejurus tiba, Pemerintah TDDB yang baru menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota TDDB yang diperintah oleh Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Mejar Abd Mujib bin Japar, Pegawai Turus Gerakan Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).

Pemerintah TDDB yang baru, kemudian menyampaikan ucapan perasmiannya sebagai Pemerintah TDDB yang ke-13 di mana beliau pertamanya, menyeru kepada seluruh warga TDDB untuk melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di samping menjalankan amanah dalam menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan dengan semangat yang ikhlas dan jitu. Beliau menyampaikan hasrat agar semua anggota TDDB khususnya yang memegang jawatan kepimpinan hendaklah berkebolehan, berpengetahuan, dan serba lengkap agar dapat mengekalkan kualiti kerja yang bermutu tinggi, tahap profesionalisme, dan disiplin yang mantap.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa TDDB merupakan satu unit yang penting bagi ABDB, dalam menegakkan kedaulatan dan keselamatan negara, justeru tahap kesiapsiagaan TDDB sentiasa menjadi keutamaan yang harus dipertahankan keberkesanan. Untuk mencapai tahap berkesanan yang tinggi ini, semua lapisan TDDB akan sentiasa bersedia untuk melaksanakan misi dan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah. Dengan itu, tahap kekuatan rohani juga perlu dimantapkan degan mendekatkan diri kepada Allah SWT, meraih rahmat serta memperkasakan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada TDDB.

Dalam membentuk hala tuju TDDB, Pemerintah menyeru kepada mereka yang diamanahkan untuk menyelaraskan Perancangan Strategik Angkatan 2035 dan Kajian Struktur Pasukan untuk TDDB. Bagi mengekalkan kesiapsiagaan TDDB, penekanan diberikan kepada kesediaan aset TDDB untuk dikekalkan pada tahap optimum agar dapat melaksanakan sebarang misi dan operasi pada bila-bila masa d di samping menyokong pendekatan 'Whole of Nation'.

Bagi mengakhiri dan memberkati majlis, Mejar Abd Mujib sekali lagi dijemput bagi membaca Doa Selamat dan Doa Ambil Alih Tugas serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis kemudian beredar ke Mes Pegawai Berakas Garison bagi menikmati jamuan dan diakhiri dengan Doa Penutup, bergambar ramai serta menandatangani lembaran kenangan oleh Pemerintah TDDB yang baru.