NEWS HEADLINES
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE-56 TAHUN
BERAKAS GARISON, Sabtu 4 November 2017 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-56 pada hari ini dengan mengadakan Upacara Perbarisan Perutusan Pemerintah TDDB yang berlangsung di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB, Berakas Garison. Seramai lebih daripada 2056 anggota TDDB telah mengikuti perbarisan tersebut.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HUT TDDB KE-56 TAHUN
BERAKAS GARISON, Jumaat 03 November 2017 – Anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TDDB ke 56 tahun bertempat di Surau Al-Fai’zun Berakas Garison.
MAJLIS PENUTUP KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE 159
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat 03 November 2017 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Lanjutan Infantri bagi Lepasan Rekrut Pengambilan ke 159 yang telah diadakan di Rumah Masak, Perkhemahan Tutong.
PENYAMPAIAN PINGAT LAILA TUGAS
BERAKAS GARISON, Jumaat 03 November 2017 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan upacara penyampaian Pingat Laila Tugas atau General Service Medal (GSM) bertempat di Padang Kawad 1Bn TDDB.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 56 TAHUN
PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 3 November 2017 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke 56 tahun bertempat di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.
MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENYIAPAN PROJEK MEMBAIK PULIH TITIAN AMAL DI KAMPUNG MENUNGGOL
KAMPONG MENUNGGOL, Khamis 02 November 2017 – Skuadron Jurutera Tempur (SJT) Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) sekali lagi telah berjaya menyelesaikan satu projek amal iaitu membaikpulih dua buah rumah kediaman di Kampong Menunggol. Majlis penyerahan sijil penyiapan projek telah disempurnakan pagi ini dari Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Perkasa Kol (B) Dato Paduka Haji Mahdini bin Dato Haji Basir, Timbalan Yang Di-Pertua 2 Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) di kedua-dua buah rumah.
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEPADA KONTINGEN PENEMBAK AARM YANG KE-27 2017
BERAKAS GARISON, Khamis 02 November 2017 – Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Kontingen Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang akan menyertai Perlawanan ASEAN ARMIES RIFLE MEETS yang ke -27 (27th AARM) telah diadakan di Markas TDDB.
KUNJUNGAN PENGENALAN DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Khamis 02 November 2017 – Tuan Yang Terutama Motohiko Kato, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan pengenalan kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
SESI PERJUMPAAN KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE-159 TDDB
BERAKAS GARISON, Khamis 02 November 2017– Sesi perjumpaan anggota-anggota lepasan rekrut pengambilan ke-159 Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah TDDB telah diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Seramai 84 anggota lepasan rekrut pengambilan ke-159 telah selesai menjalani Kursus Lanjutan Infantri selama 3 bulan yang dikendalikan oleh Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB).
MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 56 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 1 November 2017 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) serta anggota-anggota TDDB telah mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman di Kubah Makam Diraja bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei yang ke-56 Tahun.
KUNJUNGAN PENGENALAN ATASE PERTAHANAN REPUBLIK INDIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Isnin 10 Oktober 2016 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud hari ini telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Atase Pertahanan dari negara Republik India, Col Anirudh Chauhan, yang baru dan menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.
LAWATAN KERJA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Isnin 10 Oktober 2016– Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud hari ini telah menerima Kunjungan Atase Pertahanan dari negara Republik Rakyat China, Senior Col Wu Geng, yang baru ke Negara Brunei Darussalam.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN RENDAH PERINGKAT BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Jumaat 07 Oktober 2016 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah meraikan Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn dan PTB-PTB Rendah di Padang Kawad 1Bn TDDB, Berakas Garison.
SESI PERJUMPAAN PEMERINTAH TDDB BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA TDDB PENGAMBILAN KE-156
PERKEMAHAN TUTONG, Khamis 06 Oktober 2016 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah membuat lawatan bagi sesi perjumpaan bersama lepasan anggota-anggota Rekrut Pengambilan ke-156 yang bertukar ke TDDB. Seramai 67 anggota lepasan rekrut pengambilan ke-156 sedang menjalankan Program Suai-Kenal dan Kursus Lanjutan Infantri yang bertempat di Batalion Kedua (2Bn) TDDB Perkhemahan Tutong.
MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH PERINGKAT BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu 05 Oktober 2016 – Sebanyak 39 anggota warga 2Bn TDDB telah diraikan pada Majlis penyampaian kenaikan pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah bagi anggota 2Bn TDDB yang telah berlangsung di Rumah Masak, Perkhemahan Tutong.














