BOLKIAH GARISON, Jumaat 02 Februari 2018 – Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis Kenaikan Pangkat Bagi Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dinaikan pangkat ke Brigedier Jeneral telah diadakan di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Hadir bagi menyempurnakan Majlis ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Turut hadir di majlis tersebut ialah Mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Mantan Pemerintah – Pemerintah Angkatan Tentera, Mantan Pegawai – pegawai Kanan, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan juga ahli keluarga Pemerintah TDDB.
Doa selamat telah dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

