BERAKAS GARISON, 08 Februari 2018 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh hari ini telah menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Brigadier Jeneral Philip Kimber, Commander 11th Brigade Infantry, United Kingdom bertempat di Markas TDDB.
Kunjungan Kerja ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai dengan hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala dan kedua-dua pihak juga turut menyampaikan hasrat untuk terus mengukuhkan lagi jalinan persahabatan yang erat diantara Kedua-dua Angkatan Tentera yang telah sekian lama terjalin disamping membincangkan hala tuju kerjasama dibidang pertahanan. Ianya termasuk dari aspek menghadiri kursus dan menyediakan jurulatih untuk mengongsi pengalaman dan menambah lagi pengetahuan latihan ketenteraan dua-hala.
Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom telah lama menjalin hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pertahanan, yang sememangnya telah terbukti memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

