NEWS HEADLINES
MAJLIS SAMBUTAN MALAM NISFU SYA’ABAN BAGI TDDB
BERAKAS GARISON, Isnin 30 April 2018 - Majlis sambutan malam Nisfu Sya’aban bagi Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan telah diadakan bertempat di Surau Berakas Garison.
KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN SEMPENA SAMBUTAN HUT ABDB YANG KE-57
KAMPUNG SUBOK, Rabu, 02 Mei 2018– Anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan kempen membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Subok. Kempen tersebut dimulakan dengan membersihkan kawasan-kawasan tanah perkuburan dan diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil.
KUNJUNGAN PENGENALAN PENASIHAT PERTAHANAN NIGERIA KEPADA PEMERINTAH TDDB
BERAKAS GARISON, Isnin, 30 April 2018 – Yang Mulia Air Commodore Abu Bakar Abdul Kadir, Penasihat Pertahanan Nigeria yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam dan menetap di Kuala Lumpur, Malaysia, pada hari ini telah mengadakan kunjungan hormat pengenalan kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Di
KUNJUNGAN HORMAT DUTA ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK KOREA KEPADA PEMERINTAH TDDB
BERAKAS GARISON, Isnin 30 April 2018 – Tuan Yang Terutama Cho Won Myung, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
PERLAWANAN AKHIR POLO AIR PERINGKAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TDDB
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat 27 April 2018 - Perlawanan Akhir Polo air peringkat Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah dilaksanakan di Kolam Renang Batalion Kedua, Perkhemahan Tutong. Sebanyak enam pasukan yang terdiri dari Kejuruteraan Darat, Depoh Lojistik, Skuadron Semboyan, Kenderaan Pasukan, Khidmat Perubatan & Kesihatan dan Khidmat Pergigian telah mengikuti perlawanan tersebut.
MAJLIS PENYERAHAN KURMA KURNIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEPADA WAKIL-WAKIL UNIT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI 2018
BERAKAS GARISON, Jumaat 27 April 2018 – Majlis penyerahan buah kurma peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sempena menjelangnya bulan Ramadan Al-Mubarak bagi tahun 1439 Hijrah telah diadakan di Surau Al’Faizun Berakas Garison.
MAJLIS PENGAGIHAN KURMA KURNIA KDYMM PERINGKAT 1BN TDDB
BERAKAS GARISON, Jumaat 27 April 2018 - Batalion PertamaTentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan majlis pengagihan buah kurma kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadin Wadaulah Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam bagi Peringkat 1Bn TDDB bagi tahun 1439H/2018 bertempat Bilik Theatre, Markas 1Bn TDDB.
HARI BELAJAR TATACARA PEMASANGAN PORTABLE LIGHTNING PROTECTION SYSTEM (PLPS)
BERAKAS GARISON, Jumaat 27 April 2018 –Sesi hari belajar pemasangan PLPS kepada warga Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah diadakan. Adapun tujuan aktiviti hari belajar ini diadakan adalah untuk pengenalan dan menerangkan lagi tatacara membuka dan memasang PLPS mengikut prosedur yang betul yang mana telah diajarkan oleh 13609 SSjn Hilmi daripada Tentera Udara Diraja Brunei(TUDB) yang telah dijalankan di Padang Bola MRS Berakas Garison dan dihadiri oleh warga 1Bn TDDB.
TAKLIMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH BAGI ANGGOTA – ANGGOTA BATALION KETIGA TDDB
PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu 25 April 2018 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah bagi anggota – anggota 3Bn TDDB. Taklimat tersebut telah di sampaikan oleh Haji Hassan bin Abd Halim, Pegawai Narkotik, Biro Kawalan Narkotik Cawangan Daerah Belait, kepada warga 3Bn TDDB yang telah berlangsung di Auditorium, Platun Serunai dan Tambur. Kehadiran Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah adalah seramai 130 anggota.
KONTINGEN PENEMBAK AASAM BAGI TAHUN 2018 BERLEPAS KE AUSTRALIA
PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI, Ahad 21 April 2018 – Kontingen Pasukan Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang terdiri daripada 14 orang anggota diketuai oleh Yang Mulia Mejar Haji Mohammad bin Haji Ahmad berlepas ke Australia bagi mengikuti AUSTRALIAN ARMY SKILLS AT ARMS MEET (AASAM) bagi tahun 2018.
KUNJUNGAN HORMAT DUTA ISTIMEWA DAN MUTLAK PERSEKUTUAN RUSSIA KE TDDB
BERAKAS GARISON, Khamis 20 April 2018 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brune (TDDB) telah menerima Lawatan Kerja daripada Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia. Lawatan kerja tersebut telah diadakan di Markas TDDB, Berakas Garison.
UPACARA PENYERAHAN BOT PERONDA KH-27 TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
MUARA, Juma’at 20 April 2018 – Upacara Penyerahan Bot Peronda KH27 TDDB telah diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei yang disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
KUNJUNGAN KERJA DARIPADA GENERAL OFFICER COMMANDING REGIONAL COMMAND
BERAKAS GARISON, Khamis 18 April 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh hari ini telah menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Mejar Jeneral Duncan Francis Capps CBE, General Officer Commanding Regional Command bertempat di Markas TDDB.
UPACARA PENYERAHAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEPADA KONTINGEN PENEMBAK AASAM BAGI TAHUN 2018
BERAKAS GARISON, Khamis 19 April 2018 - Upacara Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Kontingen Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang akan menyertai Perlawanan AUSTRALIAN ARMY SKILLS AT ARMS MEET bagi tahun 2018 telah diadakan di Markas TDDB.
MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT PTB-PTB RENDAH BAGI ANGGOTA-ANGGOTA MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN KOMPENI MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SIRI 1 BAGI TAHUN 2018
BERAKAS GARISON, Rabu 18 April 2018 – Majlis penyampaian pangkat PTB-PTB Rendah bagi angota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah dilaksanakan di Pejabat Kompeni Markas TDDB.














