BERAKAS GARISON, Rabu 18 April 2018 – Majlis penyampaian pangkat PTB-PTB Rendah bagi angota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah dilaksanakan di Pejabat Kompeni Markas TDDB.
Seramai 05 anggota menerima pangkat iaitu 01 anggota menerima pangkat ke pangkat Koperal tetap, 01 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Koperal. 03 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Lans Koperal.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat ialah Yang Mulia Mejar Hj Khairul Hakimi bin Hj Abd Majid, Pemangku Pegawai Memerintah Kompeni Markas TDDB. Turut hadir ialah PTB-PTB Kanan dan Rendah Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB.
Dengan adanya upacara penyampaian pangkat ini, Yang Mulia Tetamu Kehormat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan memberikan beberapa nasihat berguna untuk menjadi seorang pemimpin yang baik serta melaksanakan tanggungjawab, sentiasa komited dalam apa jua tugas yang diberikan.


