NEWS HEADLINES
TAKLIMAT PERUNDANGAN BAB-149 AKTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI ANGGOTA-ANGGOTA BATALION BANTU TDDB
PENANJONG GARISON, Khamis, 27 September 2018 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Taklimat Perundangan bagi anggota-anggota Bn Bantu TDDB di Bilik Kuliah SJT Bangunan KBRL.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN DAN RENDAH BAGI ANGGOTA-ANGGOTA MARKAS TDDB DAN KOMPENI MARKAS TDDB
BERAKAS GARISON, Jumaat 21 September 2018 2018 – Majlis kenaikan pangkat PTB-PTB Kanan dan Rendah bagi anggota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah berlangsung di dua tempat berasingan. Majlis kenaikan pangkat PTB Rendah telah diadakan di Pejabat Kompeni Markas TDDB dan bagi PTB Kanan telah dilaksanakan di Mes Sjn, SSjn dan PW Batalion Pertama TDDB.
UPACARA PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH KEJURUTERAAN DARAT, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Jumaat 21 September 2018 –Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah berlangsung di Padang Kawad Batalion Pertama Berakas Garison. Majlis Serah Terima tersebut adalah diantara Yang Mulia Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah selaku Pegawai Pemerintah yang menyerahkan tugas kepada Yang Mulia Mejar Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang mengambil alih tugas bermula 3 September 2018.
LATIHAN TAKTIKAL TANPA TERUP (LTTT) PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SIRI 02/2018
BUKIT AGOK, Khamis 20 September 2018 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah melaksanakan Hari Belajar di Mes Pegawai Berakas Garison dan Bukit Agok. Hari Belajar ini telah diadakan selama dua hari iaitu bermula pada 19 September 2018 dan berakhir pada 20 September 2018.
ACARA BERBASIKAL MUHIBBAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA DARAT MALAYSIA
SUNGAI TUJUH, Isnin 17 September 2018– Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengadakan Acara Berbasikal Muhibbah pada 17 hingga 18 September 2018. Acara ini adalah sebahagian daripada program Ekspedisi Borneo Siri 02/2018 yang dikendalikan oleh Tentera Darat Malaysia.
MESYUARAT ASEAN PEACEKEEPING CENTRE NETWORK YANG KE-ENAM DI PATTAYA, THAILAND
PATTAYA,THAILAND, 14 September 2018 - MesyuaratASEAN Peacekeeping Centre Network yang Ke-6 telah pun diadakan di Pattaya, Thailand yang berlangsung dari 10 hingga 14 September 2018. Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai penubuhan gabungan angkatan pengaman yang bertugas dibawah naungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Lt Kol Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof dari Markas Angkatan Bersama dan Mej Mohammad Azhan bin Hj Ahmad dari Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei sebagai wakil dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
KUNJUNGAN KERJA DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN INDIA
BERAKAS GARISON, Khamis 13 September 2018 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Kolonel Anirudh Chauhan, Penasihat Pertahanan India yang berpejabat di Kuala Lumpur Malaysia, bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.
LAWATAN KERJA KE BIRO KAWALAN NARKOTIK OLEH BADAN JAWATANKUASA PUSAT KAWALAN NARKOTIK (BKN)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 13 September 2018 - Ahli-ahli Badan JPKN ABDB telah mengadakan lawatan kerja ke Biro Kawalan Narkotik, Jalan Tungku Gadong.
KUNJUNGAN PERPISAHAN SARJAN MEJAR ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Rabu 12 September 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Pegawai Waran 1 Ahmad bin Haji Abdul Kadir, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang akan menamatkan perkhidmatan bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.
TINJAUAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE EMPANGAN BENUTAN DAN KG BELABAU
DAERAH TUTONG, Rabu 12 September 2018 –Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berserta rombongan telah membuat tinjauan ke Empangan Benutan dan Kg Belabau.
MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN HIJRAH PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Isnin 10 September 2018 – Tahun 1440 Hijrah melabuh tirainya memulakan detik baru dalam perkiraan kalender Islam. Tahun baru Hijrah disemarakkan lagi dengan pelbagai majlis sambutan awal tahun hijrah yang diadakan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
MAJLIS PENUTUP KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE 161
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat 07 September 2018 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Lanjutan Infantri bagi Lepasan Rekrut Pengambilan ke 161 yang telah diadakan di Dewan Rizqi, Perkhemahan Tutong.
MAJLIS MALAM MAKAN BERADAT SEMPENA JASAMU DIKENANGAN SARJAN MEJAR REJIMEN KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN BERAKAS GARISON, Jumaat 07 September 2018 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Malam Makan Beradat sempena Jasamu Dikenangan Sarjan Mejar Rejimen Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Perkhemahan Berakas Garison.
KUNJUNGAN HORMAT SARJAN MEJAR TENTERA DARAT ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA
BERAKAS GARISON, Selasa 04 September 2018– Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB),Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, hari ini telah menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Mulia Ketua Pegawai Waran Teo See Keong, Sarjan Mejar Tentera Darat Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS).
UPACARA PENUTUP EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA SIRI 12/2018
PENANJONG GARISON, Isnin 03 September 2018 - Eksesais Latma Keris Satria Siri 12/2018 telah berakhir secara rasminya di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu kehormat adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Alirudimi bin Haji Perudin, Ketua Doktrin Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir sama menyaksikan penutup eksesais ini adalah Yang Mulia Kolonel Infanteri Josep Tanada Sidabutar, Komandan Brigif Infanteri Para Raider 3/Tri Budi Sakti, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD).













