BERAKAS GARISSON, Wednesday 07 November 2018 – 194 students and 13 teachers from Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Primary School made an educational visit to Royal Brunei Land Force at Berakas Garisson.

Present amongst the students during the visit was Yang Amat Mulia Pg Anak Raihannah Hanna-ul Bolqiah binti Pg Anak Khairul Khalil, the granddaughter of His Majesty the Sultan of Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

Also present was Yang Mulia Pg Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Yang Amat Mulia Pg Anak Haji Ali Yil Kabier, the granddaughter of His Royal Highness Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien and Yang Mulia Mohammad Ashraf As-Seddiq bin Yusrin, the grandson of Her Royal Highness Princess Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

The tour started with a briefing by Major Mohammad Hanafi Azami bin Nayan, followed by a tour which showcased a variety of military equipment and vehicles such as military radios, Armoured Personnel Carrier and Military Fire Trucks. The tour also included activities such as riding military vehicles and learning how to put out fires using a fire hose.

The units that were involved during the visit were Company A, Mortar Platoon, Special Task Platoon, Armoured Personnel Carrier Platoon from First Battalion of RBLF (1Bn RBLF) and Combat Service Support consists of Medical, Dental, Fire Services, Land Engineering, Signal Squadron and Logistics Depot.

The visit gave the students the opportunity to take a closer look at the military equipment used by RBLF and provide useful knowledge and experience to students and teachers. The visit concluded with light refreshments and an exchange of mementos.

 

LAWATAN SEKOLAH RENDAH YAYASAN HASSANAL BOLKIAH KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, RABU 07 November 2018 – Seramai 194 murid dan 13 orang guru dari Sekolah Rendah Yayasan Hassanal Bolkiah telah mengadakan lawatan ke Tentera Darat Diraja Brunei di Berakas Garison.

Berangkat sama adalah Yang Amat Mulia Pg Anak Raihannah Hanna-ul Bolqiah binti Pg Anak Khairul Khalil, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Turut berangkat ialah Yang Mulia Pg Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Yang Amat Mulia Pg Anak Haji Ali Yil-Kabier, cucunda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Yang Mulia Mohammad Ashraf As-Seddiq bin Yusrin, cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Mohamad Hanafi Azami bin Nayan, dan seterusnya pendedahan kepada pelbagai peralatan-peralatan Tentera  seperti radio dan kenderaan seperti Kereta Angkut Perisai dan kereta bomba. Lawatan juga mengadakan aktiviti sampingan seperti menaiki kenderaan-kenderaan tentera dan pelajaran memadamkan api.

Unit-unit yang terlibat semasa lawatan tersebut ialah Kompeni A, Platun Mertak, Platun Gerak Khas dan Kereta Angkut Perisai daripada Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) dan Khidmat Bantuan Kombat terdiri daripada Bahagian Perubatan, Pergigian, Bomba, Kejuruteraan Darat, Skuadron Semboyan dan Depoh Logistik.

Lawatan menjurus kepada ketenteraan setentunya telah dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat kepada penuntut serta guru-guru dan memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat secara lebih dekat peralatan Tentera yang digunakan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Lawatan diakhiri dengan menikmati jamuan dan seterusnya sesi bergambar ramai.

Yang Mulia Mohammad Ashraf As-Seddiq bin Yusrin, Yang Amat Mulia Pg Anak Raihannah Hanna-ul Bolqiah binti Pg Anak Khairul Khalil dan Yang Mulia Pg Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Yang Amat Mulia Pg Anak Haji Ali Yil Kabier memakai pakaian Tentera

Yang Amat Mulia Pg Anak Raihannah Hanna-ul Bolqiah binti Pg Anak Khairul Khalil menaiki kenderaan tentera