BERAKAS GARISSON, Sunday 04 November 2018 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) celebrated its 57th anniversary today with a parade comprising of 2,297 personnel at the First Battalion parade square.
Upon arrival at the parade square, Yang Mulia Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, the Commander of RBLF and as the guest of honour for the ceremony received the Honourary Salute and later inspected the Guard of Honour led by Yang Mulia Major Muhammad Shalleh bin Haji Ismail, Deputy Commanding Officer, Support Battalion, RBLF.
The ceremony continued with the prize and certificate presentation to the RBLF personnel who achieved exemplary commendations in their respective courses as well as in sports. The ceremony concluded with the recitation of the pledge, doa and a photo session.
The Commander of RBLF pledged the RBLF’s undivided loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces.
In his speech, the Commander of RBLF emphasised on the preparedness and readiness of the RBLF and advised all RBLF personnel to remain vigilant and adapt to the increasingly challenging strategic environment.
The Commander of RBLF also highlighted the key achievements and notable progress that has been made by the RBLF throughout the year. In terms of defence diplomacy, other than ongoing bilateral and multilateral exercises that has been carried out with other countries, RBLF successfully conducted Exercise Pahlawan Warrior which was the inaugural bilateral exercise held with the US Army. Most notably, RBLF will host the ASEAN Armies Rifle Meet (AARM), ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) and ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAAM) in 2020. These defence engagements seek to enhance the skills and capabilities of RBLF and also acts as future measures to increase inter-operability between the armed personnel of other countries.
At the operational level, the Commander of RBLF stated that the patrols conducted with other external agencies has produced significant outcomes which among others include detaining foreigners and preventing their entry into hotspots. Aligned using the whole-of-nation approach, the patrols were successful in covering wider areas more effectively and as such, the Commander of RBLF called for the initiative to continue in accordance to the RBLF’s mission, “To Protect and Defend the Integrity of Land Sovereignty”.
The Commander of RBLF also highlighted the RBLF’s growing capabilities which include the acquisition of Assault boats, ISTAR and CBRE capabilities which serves to improve the RBLF’s operational readiness. These capabilities are among one of the many initiatives planned in order to progress and expand towards future operational needs.
In conjunction with the RBLF’s anniversary, RBLF has launched the Land Force Doctrine and Future Land Operating Concept books. As such, the Commander of RBLF emphasised that the Land Force Doctrine and Future Land Operating Concept books should become the guiding principles for RBLF personnel in carrying out their roles and responsibilities. The books will also be used as reference for the upcoming Exercise HIKMAT BERSATU 6 and Exercise SEMANGAT WAJA which will be conducted in 2019. The issuing of the books is a positive step and represent a significant success in increasing the quality and professionalism of the RBLF.
In particular, the Commander of RBLF also stressed that security and discipline must be improved and maintained, especially with regards to operational security and the dissemination of false information using social media. He also conveyed appreciation and thanked all members of the RBLF for their loyalty and sacrifices in carrying out their duties and hope that RBLF will continue to flourish.
Various activities were also organised to commemorate the 57th RBLF anniversary including a Tahlil ceremony at the Royal Maus oleum and thanksgiving prayers.
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE 57 TAHUN
BERAKAS GARISON, Ahad 04 November 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-57 pada hari ini dengan mengadakan perbarisan yang terdiri daripada 2,297 anggota di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB.
Sejurus ketibaan Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB dan juga selaku Tetamu Kehormat Majlis, upacara dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Yang Mulia Mejar Muhammad Shalleh bin Haji Ismail, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Bantu, TDDB.
Upacara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil pujian kepada anggota- anggota TDDB yang cemerlang semasa kursus dalam/luar negeri dan dalam bidang sukan. Upacara seterusnya diakhiri dengan pembacaan ikrar, doa and sesi bergambar ramai.
Dalam ucapan perutusan Yang Mulia Pemerintah TDDB, beliau menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Yang Mulia Pemerintah TDDB menekankan mengenai persekitaran strategik yang semakin mencabar dimana ianya memerlukan TDDB untuk sentiasa berwaspada dan beradaptasi demi meningkatkan kesiapsiagaan (preparedness) dan kesediaan (readiness) setiap anggota.
Beliau juga menyebutkan pencapaian dan kemajuan TDDB yang telah diraih sepanjang tahun ini. Dari segi diplomasi pertahanan, disamping eksesais dan latihan dua hala yang dijalankan bersama angkatan negara-negara sahabat, TDDB telah dengan jayanya melaksanakan Eksesais
Pahlawan Warrior yang merupakan latihan sulung bersama Tentera Darat Amerika Syarikat. Disamping itu, TDDB akan menjadi hos kepadaASEAN Armies Rifle Meet (AARM), ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) dan ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAAM) pada tahun 2020. Penglibatan TDDB dalam latihan-latihan tersebut akan meningkatkan kemahiran dan keupayaan operasi diantara TDDB dan angkatan tentera darat negara sahabat.
Dari sudut operasi pula, Yang Mulia Pemerintah TDDB menyatakan perlaksanaan rondaan-rondaan bersama agensi luar yang diselaraskan dengan konsep
whole of nation approach telah memberikan hasil yang signifikan dan produktif yangmana antara lain berjaya menahan orang asing serta menghalang kemasukkan mereka ke tempat-tempat
hotspots dan telah meliputi kawasan yang lebih luas dengan lebih efektif. Beliau juga berseru supaya inisiatif ini diteruskan sesuai dengan misi TDDB ‘Untuk Melindungi dan Mempertahankan Kedaulatan Tanahair’.
Beliau juga mengongsikan perkembangan keupayaan TDDB yang kian meningkat dimana perolehan kapabiliti Bot Tempur,
ISTAR dan KBRL adalah antara inisiatif- inisiatif yang dirancang dibawah teras kesiapsiagaan dan keperluan operasi yang menjadi hala tuju dan focus TDDB pada tahun ini dan juga dimasa hadapan.
Sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke-57, TDDB juga melancarkan buku Land Force Doctrine dan Future Land Operating Concept. Disini juga, Yang Mulia Pemerintah TDDB juga menekankan bahawa buku-buku tersebut akan menjadi panduan dan prinsip kepada anggota TDDB dalam menjalankan peranan dan tugas. Ianya juga antara bahan rujukan bagi Eksesais HIKMAT BERSATU 6 dan Eksesais SEMANGAT WAJA yang akan dikendalikan pada 2019. Pelancaran buku-buku ini juga adalah satu langkah positif dan hala tuju demi mencukupkan keperluan operasi dan membantu dari segi
preparedness dan
readiness TDDB.
Di akhir perutusan, Yang Mulia Pemerintah TDDB menegaskan bahawa sekuriti dan disiplin adalah fokus-fokus utama yang tetap relevan dan perlu diperbaiki dan dipertahankan oleh setiap warga TDDB, khususnya bagi sekuriti operasi dan penyebaran maklumat palsu melalui media sosial.
Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota Tentera Darat diatas kesetiaan dan kejujuran serta pengorbanan dalam menjalankan tugas dan berharap TDDB akan terus berkembang maju.
Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menyambut Hari Ulang Tahun TDDB termasuk Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja dan Majlis Doa Kesyukuran.




