Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE TEAM EMERGED AS THE CHAMPION OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES FOOTBALL COMPETITION FOR 2021


MUARA, Wednesday, 17 June 2021 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) team came out victorious at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 2021 Football Championship after defeating the Royal Brunei Air Force (RBAirF) team through a penalty kick 4 – 3 at the Royal Brunei Navy Mini Stadium.

Present as the guest of honour to deliver the winning trophy and prizes was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Commander of RBAF. Also present during the event was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF, Service Commanders, Senior Officers, Officers and personnel from RBAF and RBLF respectively.

The exciting final match showcased quality performances from both teams, where both teams settled with a 1 – 1 draw. The match then continued with penalty kick where RBLF team finally grabbed the winning trophy.

This year's RBAF Football championship began on 1 June 2021 which saw the participation of all five units including RBLF and Training Institute RBAF.



PASUKAN BOLA SEPAK TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MUNCUL JUARA DI KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2021

MUARA, Rabu, 17 Jun 2021 – Pasukan Bola Sepak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) muncul sebagai juara di Kejohanan Bola Sepak Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2021 setelah berjaya menewaskan Pasukan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) melalui sepakan penalti 4-3 bertempat di Mini Stadium Tentera Laut Diraja Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi penyampaian piala dan hadiah kejohanan ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB dan TDDB.

Perlawanan akhir tersebut telah mempamerkan permainan yang berkualiti daripada kedua-dua pasukan, dengan kesudahan perlawanan seri 1 – 1. Perlawanan diteruskan lagi dengan sepakan penalti yang mana Pasukan TDDB telah berjaya menjulang piala kejohanan.

Kejohanan Bola Sepak peringkat ABDB tahun ini bermula pada 1 Jun 2021 yang lalu dengan penyertaan daripada 5 unit utama ABDB termasuk TDDB dan Institut Latihan ABDB.