Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FOOD HANDLING AND PRESENTATION WORKSHOP

BERAKAS GARRISON, Thursday, 19th March 2026 – The First Battalion Royal Brunei Land Forces (1Bn RBLF) organised a Food Handling and Food Presentation Workshop held at the Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.  A total of 47 personnel from various Royal Brunei Armed Forces (RBAF) units had attended the workshop.

The programme commenced with theoretical sessions, followed by practical demonstrations from instructors of the School of Military Trade, Training Institute RBAF. Participants were exposed to proper handling of raw ingredients, correct food storage methods, hygienic food preparation as well as neat and professional presentation techniques.

The workshop is aimed at enhancing the knowledge, skills and professionalism of mess staff across all RBAF units, which focuses on key aspects of safe food handling, proper food preparation techniques and professional food presentation. Emphasis was placed on adherence to food safety and hygiene standards to ensure that all meals prepared are of high quality and safe for consumption.

 





BENGKEL PENGENDALIAN DAN SAJIAN MAKANAN

BERAKAS GARISON, Khamis, 19 Mac 2026 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah menganjurkan Bengkel Pengendalian dan Sajian Makanan yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Seramai 47 anggota dari pelbagai unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri bengkel tersebut.

Program dimulakan dengan sesi teori, diikuti dengan sesi praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Sekolah Pertukangan Tentera (SPT) Institut Latihan ABDB. Para peserta didedahkan kepada teknik pengendalian bahan mentah yang betul, kaedah penyimpanan makanan yang sesuai, penyediaan makanan secara bersih dan selamat serta teknik penyajian yang kemas dan profesional.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta profesionalisme di kalangan staf mes unit-unit ABDB, dengan memberi penekanan kepada aspek penting dalam pengendalian makanan yang selamat, teknik penyediaan makanan yang betul serta penyajian makanan secara profesional. Penekanan juga turut diberikan kepada pematuhan terhadap standard keselamatan dan kebersihan makanan bagi memastikan setiap hidangan yang disediakan adalah berkualiti dan selamat untuk dimakan.