Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

KHATAM AL-QURAN CEREMONY AND NUZUL AL-QURAN CELEBRATION

BERAKAS GARRISON, Tuesday, 18 March 2026 – In conjunction with the holy month of Ramadhan 1447 Hijrah, the Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Khatam Al-Quran event and continued with Nuzul Al-Quran ceremony. The ceremony was conducted simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main ceremony held at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison. Present was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, together with senior officers, officers and RBLF personnel.

The ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah AlFatihah led by Imam Haji Mohd Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun, followed by the recitation of Al-Quran by the Khatam participants, Takhtim and Doa Khatam. This was followed by the Zohor prayer in congregation, accompanied by wirid and doa. The event then proceeded with Nuzul Al-Quran special religious talk entitled “Mengukuhkan Pembelajaran Al-Quran dan Menghayati Ajarannya" delivered by Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit@Hamid, Head of Religious RBLF, before concluding with Dikir Marhaban and Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.

The activity is part of the annual Ihya Ramadhan programme, which aims to enliven the month of Ramadhan by strengthening the appreciation, understanding and practice of the Al-Quran, while fostering unity and spiritual resilience among RBLF personnel.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

BERAKAS GARISON, Selasa, 18 Mac 2026 – Sempena bulan suci Ramadhan 1447 Hijrah, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam AlQuran dan diteruskan dengan sambutan Nuzul Al-Quran. Majlis tersebut telah diadakan secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan majlis utama berlangsung di Surau Al-Faizun, Garison Berakas. Hadir ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, bersama Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Haji Mohd Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Faizun, diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh peserta khatam, Takhtim dan Doa Khatam. Seterusnya, sembahyang Zohor berjemaah ditunaikan berserta wirid dan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas Nuzul Al-Quran bertajuk “Mengukuhkan Pembelajaran Al-Quran dan Menghayati Ajarannya" yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit@Hamid, Ketua Ugama TDDB, sebelum diakhiri dengan Dikir Marhaban serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program Ihya Ramadhan tahunan yang bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dengan memperkukuhkan penghayatan, pemahaman dan amalan Al-Quran, di samping mengeratkan perpaduan serta ketahanan rohani dalam kalangan warga TDDB