Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

TAKBIR RAYA AIDILFITRI 1447 HIJRAH

BERAKAS GARRISON, Friday, 20th March 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Takbir Raya Aidilfitri to celebrate the beginning of Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the focal one held at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison.

The event commenced with the Fardhu Isya' prayer in congregation, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar and the Takbir Raya led by Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam of Surau Al-Fa'izun. The event continued with a tazkirah titled “The Virtues of Reviving the Night of Aidilfitri", highlighting the significance of Eid-Fitr as a blessing and a day of victory for Muslims after completing the fasting month of Ramadhan. The event concluded with Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
















TAKBIR HARI RAYA AIDILFITRI 1447 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Jumaat, 20 Mac 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengadakan Takbir Raya Aidilfitri bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah secara serentak di seluruh Surau TDDB, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison.

Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Takbir Hari Raya yang dipimpin oleh Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Fa'izun. Acara diteruskan dengan penyampaian tazkirah bertajuk “Kelebihan Menghidupkan Malam Hari Raya Aidilfitri" yang mengetengahkan kepentingan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu nikmat dan hari kemenangan bagi umat Islam setelah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Acara diakhiri dengan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.