Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
DENTAL SERVICES RBLF CELEBRATES 49TH ANNIVERSARY


Berakas Garrison, Friday, 11 June 2021 - Dental Services Royal Brunei Land Force held a Parade and Doa Kesyukuran Ceremony in conjunction with its 49th anniversary at the Dental Services Building in Berakas Garrison.

Present as the guest of honour was Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Officer of Dental Services RBLF. Also present were Senior Dental Officers, Officers, Senior Ranks and all dental staff to commemorate the event.

Upon arrival of the Guest of Honour, the parade led by Captain Sheikh Husrin Jairul Nazry bin Sheikh Hassan, gave the honorary salute and duly escorted the Guest of Honour in inspecting the parade which was comprised of 1 officer and 37 military personnel of Dental Services. The Chief Dental Officer was then invited to deliver his speech.

In his speech, CDO remarked on the achievements accomplished and challenges faced in the past year, especially in view of the COVID-19 pandemic impacts on the provision of dental services which had adversely affected the Dental Fitness States of RBAF personnel, influencing operational readiness. However, with the concerted efforts and teamwork from all Dental personnel, the aim to achieve pre-COVID fitness states was well underway. He also stated the significant honour of Dental Services having been relocated administratively out from Combat Service Support and placed under RBLF Headquarters since 01 January 2021.

He also highlighted on the ongoing successful initiatives concerning personnel management, profesional training and logistics provison, including the Digital Dental X-Ray Upgrading Project. Such initiatives would further increase the capabilities and effectiveness of Dental Services RBLF in providing excellence in oral health services provision to the RBAF and their families. To end, CDO expressed his sincere appreciation to all serving and retired Dental Services staff who had contributed towards achieving the success and continuing development of Dental Services RBLF throughout its 49 years of existence. 

The event continued with the recital of Doa Kesyukuran led by Captain Dr Nur Azwan bin Mohd Arrif and ended with a group photo session.


MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN KHIDMAT PERGIGIAN YANG KE-49 TAHUN 

Berakas Garison, Jumaat, 11 Jun 2021 – Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Perbarisan dan Doa Kesyukuran bersempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) nya yang ke-49 tahun bertempat di bangunan Khidmat Pergigian Berakas, Berakas Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Pegawai Pergigian, TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan juga kakitangan awam Khidmat Pergigian yang lain.

Sejurus ketibaan tetamu kehormat, Perbarisan yang diketuai oleh Kapten Sheikh Husrin Jairul Nazry bin Sheikh Hassan melapor dan seterusnya mengiring tetamu kehormat untuk memeriksa Perbarisan Anggota Khidmat Pergigian yang terdiri daripada 01  pegawai dan  37 anggota, dan seterusnya dijemput untuk menyampaikan ucapan. 

Semasa berucap, beliau menyatakan mengenai pencapaian dan cabaran yang telah dihadapi setahun kebelakangan, khususnya impak pandemik COVID-19 terhadap perkhidmatan rawatan pergigian yang manatelah menjejaskan tahap Dental Fitness anggota ABDB. Walaubagaimanapun, di atas usaha gigih dan kerjasama semua warga pergigian, statistik tersebut telah berjaya meningkat kembali kearah sasaran yang dihasratkan. Beliau juga menyatakan detik penghormatan bagi Khidmat Pergigian dikeluarkan daripada Khidmat Bantuan Kombat dan ditempatkan dibawah kawalan dan pentadbiran Markas Tentera Darat Diraja Brunei semenjak 01 Januari 2021. 

Beliau juga menghuraikan kejayaan Khidmat ini dari segi keanggotaan, kursus dan latihan serta aspek logistik kebelakangan ini termasuk perlaksanaan Projek Upgrading Digital X-Ray Pergigian. Ianya dapatlah lagi meningkatkan lagi keupayaan serta keberkesanan Khidmat Pergigian TDDB dalam memberi khidmat rawatan pesakit warga ABDB ke tahap yang cemerlang. Terakhir sekali, Ketua Pegawai Pergigian juga tidak lupa merakamkan penghargaan terhadap anggota-anggota Khidmat Pergigian yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara atas kemajuan dan kejayaan Khidmat Pergigian TDDB sepanjang 49 tahun penubuhannya.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Kapten Dr Nur Azwan bin Mohd Arrif dan di akhiri dengan sesi bergambar ramai.