Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF HELD RECITATION OF SURAH YASSIN AND TAHLIL AT THE ROYAL MAUSOLEUM

BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 17th March 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) this morning held a recitation of Surah Yassin and Tahlil in remembrance of the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah at the Royal Mausoleum.

Leading the delegation was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, and was also attended by members of the RBLF Board of Executives, Senior Officers, Officers, and RBLF personnel. The recitation of Surah Yassin and Tahlil was led by Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, RBLF Head of Religious, followed by the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam. This annual religious event forms part of the RBLF's Ihya' Ramadan Programme aimed at enlivening the blessed month of Ramadan, alongside various other religious activities held throughout the month.

TDDB MENGADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Mac 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pagi tadi telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil, khusus bagi memperingati paduka-paduka ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang berlangsung di Kubah Makam Diraja.

Hadir bagi mengetuai rombongan ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, dan turut disertai oleh Ahli-ahli Badan Eksekutif TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Bacaan Surah Yassin dan Tahlil telah dipimpin oleh Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Ketua Agama TDDB, diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis keagamaan tahunan ini merupakan sebahagian daripada Program Ihya' Ramadan TDDB bagi mengimarahkan lagi bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan, disamping pelbagai kegiatan keagamaan lain yang dilaksanakan sepanjang bulan tersebut.