Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

TITIAN AMAL PROJECT HANDOVER CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64TH ANNIVERSARY

BATU APOI, Monday, 16 March 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Handover Ceremony for the Titian Amal Project in conjunction with the RBAF's 64th Anniversary, at the Batu Apoi Community Hall, Temburong District. Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF). Also in attendance were Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Acting Temburong District Officer, Deputy Commanders, senior officers, officers and personnel of the RBAF, the Penghulu of Mukim Batu Apoi, the Village Head of Kampong Batu Apoi and members of Batu Apoi village consultation council.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and a Tazkirah delivered by Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit@Hamid, Head of Religious RBLF. This was followed by a project progress briefing presented by Yang Mulia Major Pengiran Muhammad Syahir Fadillah bin Pengiran Salleh, Chairman of the Titian Amal Project of Balai Raya, Kampong Batu Apoi, for the RBAF 64th Anniversary. 

The Guest of Honour subsequently presented a commemorative plaque to Yang Mulia Haji Md Mumtaz bin Haji Yaakub, Village Head of Batu Apoi, as a symbolic gesture marking the official handover of the completed renovated Community Hall. This ceremony marked the second of four Titian Amal Projects handovers scheduled to be carried out nationwide in conjunction with the RBAF's 64th Anniversary. The ceremony concluded with a group photo session. 

The renovation works were carried out from 25 July 2025 to 30 December 2025 through collaborative efforts between 'E' Company and the Assault Pioneer Platoon from the First Battalion RBLF. The contribution for the project is a combination of funds from the RBAF 64th Anniversary Sponsorship allocation and Tabung Infaq RBAF of $1,559.00.

The Titian Amal Project is an annual RBAF initiative focused on community engagement and social responsibility. Beyond commemorating the anniversary, the project aims to strengthen civil-military relations, foster volunteerism among personnel, and enhance partnerships with local communities and government agencies in support of national development.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64

BATU APOI, Isnin, 16 Mac 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB (HUT ABDB) Ke-64, bertempat di Balai Raya Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota ABDB, Penghulu Mukim Batu Apoi, Ketua Kampung Batu Apoi dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Batu Apoi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tazkirah yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit@Hamid, Ketua Agama, TDDB. Seterusnya, taklimat perkembangan projek telah disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Pengiran Muhammad  Syahir Fadillah bin Pengiran Salleh, Pengerusi Projek Titian Amal Balai Raya, Kampong Batu Apoi bagi HUT ABDB Ke-64. 

Tetamu Kehormat kemudiannya menyampaikan plak kenangan kepada Yang Mulia Haji Md Mumtaz bin Yaakub, Ketua Kampung Batu Apoi sebagai simbolik penyerahan rasmi Balai Raya yang telah selesai diubah suai. Majlis ini merupakan penyerahan yang Kedua daripada empat siri Projek Titian Amal yang dijadualkan dilaksanakan di seluruh negara sempena sambutan HUT ABDB Ke-64. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai. 

Projek pengubahsuaian tersebut telah dilaksanakan bermula dari 25 Julai 2025 hingga 30 Disember 2025 dan merupakan hasil usaha bersepadu dan dedikasi anggota Kompeni 'E' bersama Platoon Rintis Serang dari Batalion Pertama TDDB. Sumbangan bagi projek tersebut adalah gabungan menggunakan peruntukan tajaan HUT ABDB ke-64 dan Tabung Infaq ABDB sebanyak $1,559.00. 

Projek Titian Amal merupakan inisiatif tahunan ABDB yang memberi tumpuan kepada khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial. Selain menyemarakkan sambutan HUT ABDB, projek ini juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan diantara masyarakat dan tentera, memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan anggota, serta mempererat kerjasama dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan dalam menyokong usaha pembangunan negara.