Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD DOA KESYUKURAN TO MARK ITS 27TH ANNIVERSARY


LUMUT CAMP, Friday 04 June 2021 –  In conjunction with its 27th anniversary, Third Battalion of the Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp.

Present as the guest of honour at the ceremony was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of 3Bn RBLF. Also present were the Officers Commanding, Officers as well as the Senior Ranks and personnel from 3Bn RBLF.

The ceremony began with the Hajat Prayer, followed by the reading of Surah Yaasin, Tahlil and Doa Kesyukuran. The ceremony then concluded with the Dhuha Prayer and Selawat by the congregation.

3Bn RBLF was established in 31 May 1994 initially at Penanjong Garrison while waiting for the completion of its permanent designated area in Belait District namely Lumut Camp on 21 June 2007.



BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN YANG KE - 27 

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 04 Jun 2021 - Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bagi menyambut Hari Ulang Tahun 3Bn TDDB yang ke-27 di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.

Hadir pada majlis tersebut sebagai tetamu kehormat adalah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir pada majlis juga adalah Pegawai-Pegawai Memerintah, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan anggota-anggota 3Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang sunat Hajat berjemaah, seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil, Doa Kesyukuran. Majlis diakhiri dengan sembahyang sunat Dhuha dan laungan Selawat beramai-ramai.

3Bn TDDB ditubuhkan pada 31 Mei 1994 di Penanjong Garison sebelum selesainya pembinaan tapak tetap bertempat di Daerah Belait yang diberi nama Perkhemahan Lumut, pada 21 Jun 2007.