BERAKAS GARRISON, Wednesday, 22nd April 2026 – The Combat Service Support, Royal Brunei Land Forces (CSS RBLF), held a Handover and Takeover Ceremony for its Deputy Commandant at the CSS RBLF Headquarters, Berakas Garrison. The ceremony marked the formal handover of duties and responsibilities from the outgoing Deputy Commandant, Lieutenant Colonel Haji Arsahrin bin Haji Ariff, to the newly appointed Deputy Commandant, Lieutenant Colonel Mohammad Borhanudin bin Haji Abdul Manaf.
Proceedings commenced with a group photo session, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and a short brief on CSS RBLF was then delivered to the newly appointed Deputy Commandant. The outgoing Deputy Commandant then delivered his remarks, expressing his appreciation for the unwavering support and commitment extended to him throughout his tenure. He also emphasised the importance of teamwork as a key enabler in achieving the organisational objectives.
The ceremony continued with the signing of the Handover Certificate by both the outgoing and incoming Deputy Commandants, signifying the formal transfer of command and responsibilities.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KOMANDAN KBK
BERAKAS GARISON, Rabu, 22 April 2026 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB), telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas bagi Timbalan Komandan yang berlangsung di Markas KBK TDDB, Berakas Garison. Majlis tersebut menandakan penyerahan rasmi tugas dan tanggungjawab daripada Timbalan Komandan yang lama, Leftenan Kolonel Haji Arsahrin bin Haji Ariff, kepada Timbalan Komandan yang baru dilantik, Leftenan Kolonel Mohammad Borhanudin bin Haji Abdul Manaf.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah penyampaian taklimat ringkas mengenai KBK TDDB kepada Timbalan Komandan yang baru dilantik. Timbalan Komandan yang lama seterusnya menyampaikan ucapannya yang mana beliau merakamkan penghargaan atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, serta menekankan kepentingan kerja berpasukan sebagai faktor utama dalam mencapai objektif organisasi.
Majlis diteruskan dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas oleh kedua-dua Timbalan Komandan yang menandakan penyerahan rasmi kepimpinan dan tanggungjawab.