Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD ENLIVENING ACTIVITIES AT KAMPONG PIASAU - PIASAU


BRUNEI MUARA, Thursday, 27 May 2021 – In an effort to enliven the religious activities in Temburong District mosques and suraus, personnel from First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) performed mass Maghrib and Isya' prayers together with the ImamBilal and the local residents at Surau Kampong Piasau – Piasau, Temburong. The event continued with the recitation of Surah Yassin and Tahlil followed by interaction with the congregations. The event then concluded with a group photo.

The event is one of the steps to further strengthen the relationship between the Personnel of the Royal Brunei Armed Force (RBAF) in general and in particular RBLF with the community. This event also allows personnel of RBLF to foster a stronger relationship with the local residents as well as to enliven the mosques and suraus of rural areas within the Brunei Muara and Temburong District.


BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS AKTIVITI MENYEMARAK SURAU DI  KAMPONG PIASAU-PIASAU

BRUNEI MUARA, Khamis, 27 Mei 2021 – Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi acara-acara keagamaan di masjid-masjid di Daerah Temburong, anggota-anggota dari Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah sama-sama menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Isya berjemaah bersama-sama dengan Imam dan Bilal serta penduduk kampong bertempat Surau Kampong Piasau-Piasau, Temburong. Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil dan sudahi dengan interaksi jemaah masjid serta sesi bergambar ramai.

Acara tersebut adalah salah satu langkah bagi mengeratkan silaturahim diantara warga penduduk Kampong Piasau-Piasau bersama warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara am dan khususnya TDDB. Acara ini juga memberikan peluang kepada Anggota TDDB untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah bersama penduduk-penduduk kampong di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadah di kawasan pendalaman Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong.