Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD HARI RAYA TAKBIR TO MARK THE ARRIVAL OF SYAWAL 1442 HIJRAH


BERAKAS GARISSON, Thursday, 13 May 2021 – Royal Brunei Land Force (RBLF) has held Takbir Raya ceremony to celebrate the arrival of the month of Syawal 1442H at all RBLF camps.

Present as the guest of honour for the ceremony held at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison was Yang Mulia Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held at all RBLF camps including Support Battalion RBLF at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison. 

This ceremony began with the mass Fardhu Isya' Prayers followed by the recitation of Sayyidul Istighfar. The ceremony proceeded with Hari Raya Takbir led by Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun and concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Despite there are still concerns about COVID-19 infection, this festive occasion will be celebrated by all Muslims throughout the Country in accordance with the SOPs set by the Ministry of Health. It is also a time to seek forgiveness from families and friends





TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMBUT KEDATANGAN BULAN SYAWAL 1442H DENGAN LAUNGAN TAKBIR HARI RAYA

BERAKAS GARISON, Khamis, 13 Mei 2021 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Takbir Hari Raya sempena menyambut kedatangan bulan Syawal 1442 Hijrah bertempat di semua perkhemahan TDDB.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis yang telah diadakan di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, dan anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB termasuk acara yang diadakan oleh Batalion Bantu di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Acara dimulakan dengan Solat Fardhu Isya berjemaah diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar. Majlis diteruskan dengan Takbir Hari Raya yang dketuai oleh Haji Md Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Faizun dan di akhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Walaupun masih terdapat kebimbangan mengenai jangkitan COVID-19, sambutan Hari Raya Aidilfitri masih disambut oleh semua umat Islam di seluruh Negara mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Ianya juga merupakan masa untuk saling bermaafan sesama ahli keluarga dan rakan taulan.