Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD IFTAR WITH FORMER COMMANDING OFFICERS AND REGIMENT SERGEANT MAJORS


BERAKAS GARISSON, Sunday, 02 May 2021 - First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held Iftar with the former Commanding Officers (CO) and former Regiment Sergeant Major (RSM) took place at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. 

Upon arrival, the former COs and RSMs were invited to the signing of parchment and a group photo session. The ceremony began with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Imam Hj Md Anndy@Rafie bin Saile and Private Abd Manan bin Othman from the Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT), followed by light refreshments for Iftar and mass Fardhu Maghrib Prayer. 

The event proceeded with dinner together with the Officers and personnel of 1Bn RBLF. The event continued with the mass Fardhu Isya 'Prayer, Sunat Terawih and Witir Prayer and concluded with Tadarus Al-Quran.

This event is an annual activity for 1Bn RBLF which is usually carried out during the holy month of Ramadhan. It aims to appreciate and commemorate the services rendered by the former COs and RSMs as well as to strengthen the bond with the personnel of 1Bn RBLF.



BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN- MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN

BERAKAS GARISON, Ahad, 02 Mei 2021 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah (Peg Pem) dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. 

Sejurus ketibaan, mantan-mantan Peg Pem dan SMR dijemput untuk menandatangani lembaran kenangan dan bergambar ramai. Majlis seterusnya dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Imam Hj Md Anndy@Rafie bin Saile dan Soldadu Abd Manan bin Othman anggota dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT), diikuti dengan menikmati juadah sungkai ringan dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. 

Majlis seterusnya disambung dengan menikmati jamuan makan malam bersama pegawai-pegawai dan anggota-anggota 1Bn TDDB dan diteruskan lagi dengan Sembahyang Fardhu Isya', Solat Sunat Terawih serta Witir berjemaah dan di akhiri dengan Tadarus Al-Quran. 

Majlis ini diadakan sebagai aktiviti tahunan 1Bn TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan suci Ramadan. Antara objektif majlis ini dilaksanakan adalah sebagai penghargaan dan memperingati jasa bakti mantan-mantan Peg Pem dan SMR yang terdahulu selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama dengan anggota 1Bn TDDB.