LUMUT CAMP, Tuesday, 16th December 2025 – The Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) held a coordination meeting with the Belait District stakeholders in preparation for the upcoming cleaning campaign activity across the Belait District. Among those present were Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Commanding Officer of 3Bn RBLF, Awang Mohammad Faiq bin Haji Rani, Assistant District Officer Belait, the Belait District village heads, representatives from local companies, as well as officers and personnel of 3Bn RBLF, which took place at the Officers' Mess, Lumut Camp.
The meeting commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a briefing and discussion session focusing on coordination, planning and implementation matters related to the campaign. The session continued with a luncheon and concluded with a group photo session.
The activity is aimed at strengthening civil-military relations, and to foster cooperation in support of community well-being, environmental cleanliness and public safety. The campaign is scheduled to be held by the end of December 2025.



3BN TDDB MENGADAKAN MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN DAERAH BELAIT
PERKHEMAHAN LUMUT, Selasa, 16 Disember 2025 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak berkepentingan (stakeholders) Daerah Belait sebagai persiapan bagi aktiviti kempen kebersihan yang akan datang di seluruh Daerah Belait. Antara yang hadir ialah Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB, Awang Mohammad Faiq bin Haji Rani, Penolong Pegawai Daerah Belait, Ketua-ketua kampung Daerah Belait, wakil-wakil syarikat tempatan, serta pegawai dan anggota 3Bn TDDB, yang berlangsung di Mes Pegawai, Perkhemahan Lumut,
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan sesi taklimat dan perbincangan yang memfokuskan kepada penyelarasan, perancangan serta pelaksanaan berkaitan kempen berkenaan. Sesi kemudiannya diteruskan dengan makan tengah hari dan diakhiri dengan bergambar ramai.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan awam-tentera, dan memupuk kerjasama dalam mendokong kesejahteraan masyarakat, kebersihan alam sekitar dan keselamatan awam. Kempen kebersihan tersebut dijadualkan berlangsung pada akhir bulan Disember 2025.