Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SNCOS LEADERSHIP TALK SESSION

LUMUT CAMP, Tuesday, 16th December 2025 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), delivered a Leadership Talk with participants of the Leadership Course for Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) from various RBLF sub-units. The session was held at the Pipe and Band Platoon Auditorium, 3Bn RBLF, Lumut Camp.

The session began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by Surah Al-Saff verses 2 to 4 from Sergeant Mohammad Hasnan bin Suhaili. The RBLF pledge was then recited led by Sergeant Haji Azif Harith bin Haji Bidin, and welcoming remarks from Sergeant Md Kifli bin Haji Hamzah, all representing the course participants.

The session is aimed at strengthening leadership understanding, operational readiness, and decision-making skills in a modern and challenging work environment. The RBLF Commander in his talk emphasised that the course supports the welfare of personnel, fosters esprit de corps at the tactical level, and encourages junior leaders, especially Sergeants, to lead by example, care for their soldiers, and strengthen camaraderie in carrying out their duties. The talk concluded with a question-and-answer session, group photo and the recitation of Doa.

SESI LEADERSHIP TALK PTB-PTB KANAN

PERKHEMAHAN LUMUT, Selasa, 16 Disember 2025 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menyampaikan Leadership Talk bersama peserta Kursus Kepimpinan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dari pelbagai sub-unit TDDB. Sesi tersebut berlangsung di Auditorium Platun Serunai dan Tambur, Batalion Ketiga TDDB, Perkhemahan Lumut.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Saff ayat 2 hingga 4 oleh Sarjan Mohammad Hasnan bin Suhaili sebelum diteruskan dengan bacaan Ikrar TDDB yang diketuai oleh Sarjan Haji Azif Harith bin Haji Bidin, dan kata alu-aluan dari Sarjan Md Kifli bin Haji Hamzah, kesemuanya wakil daripada peserta kursus.

Sesi ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman kepimpinan, kesiapsiagaan operasi serta kemahiran membuat keputusan dalam persekitaran kerja yang moden dan mencabar. Pemerintah TDDB menekankan bahawa kursus ini menyokong kebajikan anggota, menggalakkan semangat esprit de corps di peringkat taktikal, dan menekankan pemimpin muda khususnya peringkat Sarjan, untuk memimpin melalui amalan menjadi teladan, menjaga anggota bawahan, serta mengeratkan semangat setiakawan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab, bergambar ramai, dan bacaan Doa penutup.