TOWNSVILLE, QUEENSLAND, AUSTRALIA, Thursday, 25th June 2026 – Exercise MALLEE BULL between the First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) and
the 1st Battalion, Royal Australian Regiment (1 RAR) has officially commenced with an opening ceremony held at Lavarack Barracks in Townsville, Queensland, Australia. The opening was officiated by Major Muhammad Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, Officer Commanding of 'B' Company, 1Bn RBLF, and Major Monika Georgieva, Officer Commanding of 1 RAR.
The ceremony commenced with opening remarks, followed by an exchange of mementoes. Exercise MALLEE BULL is a bilateral exercise between the RBLF and the Australian Army, which is an important platform in strengthening the existing relationship between the two armies. Throughout the exercise, the RBLF contingent will engage in a series of tactical exercises that focus on improving interoperability, exchanging expertise and enhancing operational capabilities.
A total of three officers and 37 personnel from the 1Bn RBLF will be participating in the exercise, which takes place from 25th June 2026 until 4th July 2026. The last exercise was held from 09th to 11th November 2022 in Brunei Darussalam.




EKSESAIS MALLEE BULL BERMULA
TOWNSVILLE, QUEENSLAND, AUSTRALIA, Khamis, 25 Jun 2026 – Eksesais MALLEE BULL antara Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan Batalion Pertama, Rejimen Diraja Australia (1st Battalion, Royal Australian Regiment – 1 RAR), telah dimulakan secara rasmi dengan upacara pembukaan yang diadakan di Lavarack Barracks, Townsville, Queensland, Australia. Upacara pembukaan telah dirasmikan bersama oleh Mejar Muhammad Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, Pegawai Memerintah Kompeni 'B' 1Bn TDDB dan Mejar Monika Georgieva, Pegawai Memerintah 1 RAR.
Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian, diikuti dengan pertukaran cenderahati kenangan. Eksesais MALLEE BULL adalah latihan ketenteraan dua hala di antara TDDB dan Tentera Darat Australia yang merupakan platform penting dalam memperkukuhkan hubungan ketenteraan yang sedia ada di antara kedua-dua tentera darat. Sepanjang eksesais ini berlangsung, kontinjen TDDB akan terlibat dalam pelbagai siri latihan taktikal yang memfokuskan kepada peningkatan interoperabiliti, pertukaran kepakaran dan memperkasa keupayaan operasi.
Seramai tiga pegawai dan 37 anggota dari 1Bn TDDB mengikuti eksesais tersebut yang berlangsung dari 25 Jun 2026 hingga 4 Julai 2026. Eksesais ini kali terakhir diadakan pada 09 hingga 11 November 2022 di Negara Brunei Darussalam.