PENANJONG GARRISON, Wednesday, 27th May 2026 – A total of 48 officers and personnel completed the Platoon Commander and Platoon Sergeant Combat Course in a closing event held at the Parade Square, School of Infantry Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF) in Penanjong Garrison. The Platoon Commander Combat Course was conducted over 12 weeks from 09th March until 29th May 2026, while the Platoon Sergeant Combat Course was conducted over eight weeks from 30th March until 29th May 2026. Present to officiate the closing was Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff RBLF.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lance Corporal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi from the Religious Directorate Royal Brunei Armed Forces, followed by a course review delivered by Captain Awangku Md Qamarussalihin bin Pengiran Md Saifuddin, Acting Wing Commander of Other Ranks' Development Wing SOI RBLF, who also served as the conducting officer for both courses. The event then proceeded with the presentation of certificates to all course participants by the Chief of Staff.
For the Platoon Commander Combat Course, the Best Physical Training Award was awarded to Lieutenant Mohammad Hazimrabbani bin Mohd Hasri from the First Battalion (1Bn) RBLF. Meanwhile, the Best Practical Award, Best Theory Award and Best Overall Student Award were awarded to Lieutenant Ahmad Dhiyauddin @ Ahmad Afif bin Haji Mahrub, also from the 1Bn. As for the Platoon Sergeant Combat Course, the Best Physical Training Award was awarded to Corporal Shahfadhillah Azri bin Haji Ramlee from the Second Battalion. The Best Practical Award was awarded to Corporal Muhd Alif bin Abd Rahman from the Royal Guards Regiment RBLF, while the Best Theory Award and Best Overall Student Award were awarded to Corporal Muhd Hazwanuddin Awmar bin Nordin from the Third Battalion. The Exercise SEMANGAT TEMPUR Challenge Trophy was awarded to Syndicate 6, comprising officers and personnel from both courses.
The event concluded with remarks by the Chief of Staff, who emphasised the importance of executing basic military skills with proper techniques, tactics and procedures. He also highlighted the importance of effective command and control in leading subordinates during various operations. In addition, he reminded all course participants to carry out their duties professionally, particularly in administering the welfare, discipline and training of their subordinates in order to maintain a high level of preparedness, readiness and operational efficiency.





ACARA PENUTUP KURSUS TEMPUR KETUA PLATUN DAN PLATUN SARJAN
PENANJONG GARISON, Rabu, 27 Mei 2026 – Seramai 48 pegawai dan anggota telah berjaya menamatkan Kursus Tempur Ketua Platun dan Platun Sarjan dalam acara penutup kursus yang berlangsung di Padang Kawad, Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) di Penanjong Garison. Kursus Tempur Ketua Platun telah dijalankan selama 12 minggu bermula dari 09 Mac hingga 29 Mei 2026, manakala Kursus Tempur Platun Sarjan telah dijalankan selama lapan minggu bermula dari 30 Mac hingga 29 Mei 2026. Hadir bagi menyempurnakan acara penutup ialah Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Lans Koperal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, diikuti dengan penyampaian ulasan kursus oleh Kapten Awangku Md Qamarussalihin bin Pengiran Md Saifuddin, Pemangku Ketua Cawangan Perkembangan Lain-Lain Peringkat, SI TDDB selaku pegawai pengendali bagi kedua-dua kursus tersebut. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil kepada semua peserta kursus oleh Ketua Staf.
Bagi Kursus Tempur Ketua Platun, Penuntut Terbaik Jasmani telah disandang oleh Leftenan Mohammad Hazimrabbani bin Mohd Hasri dari Batalion Pertama (1Bn) TDDB. Manakala, Penuntut Terbaik Amali, Penuntut Terbaik Teori dan Penuntut Terbaik Keseluruhan telah dianugerahkan kepada Leftenan Ahmad Dhiyauddin @ Ahmad Afif bin Haji Mahrub, juga dari 1Bn. Seterusnya, bagi Kursus Tempur Platun Sarjan, Penuntut Terbaik Jasmani telah disandang oleh Koperal Shahfadhillah Azri bin Haji Ramlee dari Batalion Kedua. Penuntut Terbaik Amali pula telah dianugerahkan kepada Koperal Muhd Alif bin Abd Rahman dari Rejimen Pengawal Diraja, manakala Penuntut Terbaik Teori dan Penuntut Terbaik Keseluruhan telah dianugerahkan kepada Koperal Muhd Hazwanuddin Awmar bin Nordin dari Batalion Ketiga. Piala pusingan bagi Eksesais SEMANGAT TEMPUR telah dimenangi oleh Sindiket 6 yang terdiri daripada pegawai dan anggota daripada kedua-dua kursus tersebut.
Acara diteruskan dengan ucapan oleh Ketia Staf yang mana beliau menekankan kepentingan melaksanakan kemahiran asas ketenteraan dengan teknik, taktik dan prosedur yang betul. Beliau turut menegaskan kepentingan kecekapan perintah dan kawalan yang berkesan dalam memimpin anggota bawahan semasa melaksanakan pelbagai operasi. Di samping itu, beliau turut mengingatkan para peserta kursus agar melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab khususnya dalam menjaga kebajikan, disiplin dan latihan anggota bawahan bagi mengekalkan tahap kesiapsiagaan, kesediaan dan kecekapan operasi yang tinggi.