Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL GUARDS REGIMENT FOOTBALL TOURNAMENT 2026

SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 22 May 2026 – The Royal Guards Regiment, Royal Brunei Land Forces (RGdR RBLF) Football Tournament 2026 concluded after being held for five days from 18 May 2026 to 22 May 2026 at the Gurkha Security Unit Football Field, Sungai Akar Camp. Present to witness the final match was Major Haji Hazimin bin Haji Abdullah, Commanding Officer of RGdR RBLF.

Participating teams comprised the Combined Team of Headquarters RGdR RBLF and Hulubalang Company, Panglima Company, Perwira Company and Pahlawan Company. The Pahlawan Company has emerged as the champion of the tournament after defeating Perwira Company 1–0 in the final match. The Commanding Officer also delivered the prize presentation to the winning team. The tournament was organised as an annual sports event aimed at fostering sportsmanship, strengthening unity and enhancing camaraderie among the RGdR RBLF personnel.

KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TAHUN 2026

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Jumaat, 22 Mei 2026 – Kejohanan Bola Sepak peringkat Rejimen Pengawal Diraja, Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) bagi tahun 2026 telah diadakan selama lima hari bermula dari 18 Mei 2026 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Padang Bola Pasukan Sekuriti Gurkha, Perkhemahan Sungai Akar. Hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah Mejar Haji Hazimin bin Haji Abdullah, Pegawai Pemerintah RPD TDDB.

Pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada Pasukan Gabungan Markas RPD TDDB dan Kompeni Hulubalang, Kompeni Panglima, Kompeni Perwira serta Kompeni Pahlawan. Kompeni Pahlawan telah muncul sebagai johan selepas menewaskan Kompeni Perwira dengan jaringan 1–0 pada perlawanan akhir. Pegawai Pemerintah turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pasukan yang menjuarai kejohanan tersebut. Kejohanan ini merupakan acara sukan tahunan anjuran RPD TDDB yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga RPD TDDB.