Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF MEDICAL SERVICES PERSONNEL COMPLETED SMART MENTORING PROGRAM FOR NATIONAL USAR TEAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 16 May 2026 – Three personnel from the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), completed the Technical Mentoring Program conducted by the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) in support of the development and accreditation efforts of Brunei Darussalam's National Urban Search and Rescue (USAR) Team towards the INSARAG External Classification (IEC). The five-day programme, held from 11th to 16th May 2026 at the Rimba Fire Station, involved participants from the National Disaster Management Centre (NDMC), the Special Technical Rescue Assistance (SATREA) Team of the Fire and Rescue Department, engineers from the Public Works Department, as well as paramedics from the Emergency Medical Ambulance Services (EMAS). Representing the Medical Services, RBLF were Captain Dr Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari, Sergeant Muhammad Daniel Asyhraf bin Mohd Saidi and Sergeant Norazaidah binti Mohammad.

The closing ceremony for the program was held at the Ministry of Home Affairs, officiated by Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hapneh, Acting Deputy Permanent Secretary (Security and Welfare), Ministry of Home Affairs, as the Guest of Honour. Also present during the ceremony as members of the INSARAG External Classification Project Management Team (IEC PMT) were Lieutenant Colonel (U) Haji Mohammad Rahimin bin Haji Ismail and Lieutenant Colonel Dr Isehardy bin Murni.

During the ceremony, the Acting Director of NDMC highlighted the importance of strengthening national disaster preparedness through a “Whole of Nation" approach involving multi-agency cooperation in developing Brunei Darussalam's national USAR capability in preparation for the INSARAG IEC accreditation. The Malaysian delegation also reaffirmed Malaysia's continued commitment in supporting and mentoring Brunei Darussalam's national USAR team as part of the close bilateral relations between the two countries.

ANGGOTA KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TDDB MENAMATKAN PROGRAM PEMENTORAN SMART BAGI PASUKAN USAR KEBANGSAAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei 2026 – Seramai tiga anggota daripada Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah berjaya menamatkan Program Pementoran Teknikal yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, SMART) sebagai sokongan kepada pembangunan dan usaha akreditasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Kawasan Bandar Kebangsaan (Urban Search and Rescue, USAR) Negara Brunei Darussalam ke arah INSARAG External Classification (IEC).Program selama lima hari yang diadakan dari 11 hingga 16 Mei 2026 di Balai Bomba Rimba itu melibatkan peserta daripada Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Pasukan Special Technical Rescue Assistance (SATREA) Jabatan Bomba dan Penyelamat, jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), serta paramedik Perkhidmatan Ambulans Perubatan Kecemasan (EMAS). Mewakili Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB ialah Kapten Dr Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari, Sarjan Muhammad Daniel Asyhraf bin Mohd Saidi dan Sarjan Norazaidah binti Mohammad.

Majlis Penutup yang berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hapneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir semasa majlis penutup selaku ahli Pasukan Pengurusan Projek INSARAG External Classification (IEC PMT) ialah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad Rahimin bin Haji Ismail dan Leftenan Kolonel Dr Isehardy bin Murni.

Semasa majlis tersebut, Pemangku Pengarah NDMC menekankan kepentingan memperkukuhkan kesiapsiagaan negara melalui pendekatan “Whole of Nation" yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi dalam membangunkan keupayaan USAR kebangsaan sebagai persediaan ke arah akreditasi INSARAG IEC. Delegasi Malaysia turut menzahirkan komitmen berterusan Malaysia dalam menyokong dan membimbing pasukan USAR Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada hubungan dua hala yang erat antara kedua-dua negara.